Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Dr Zulakbal Abd Karim menegaskan kritikan beliau terhadap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bukanlah satu niat buruk melainkan hanya mahu melihat kemajuan Liga Malaysia.

Menurut Dr Zulakbal, beliau tidak berniat untuk memburukkan badan pengelola Liga Malaysia itu kerana beliau mahukan mutu Liga Malaysia meningkat.

“Sebagai seorang penggiat dalam sukan ini dan penyandang jawatan kanan PJBM, tujuan saya mengeluarkan kenyataan itu hanyalah untuk melihat penambahbaikan Liga Malaysia dan ke arah yang positif.

“Tiada niat langsung untuk mengaibkan, mengutuk atau memfitnah mana-mana pihak. Nada saya juga dalam kenyataan itu masih berlapik iaitu tidak melabelkan MFL sebagai gagal tetapi hanya kurang berkesan.

“Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya turut memohon maaf sekiranya kenyataan itu didapati menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya juga berharap akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Kini Dr Zulakbal berdepan dengan tindakan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas badan induk itu mengesahkan sudah menghantar surat tunjuk sebab kepadanya.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group