Video temubual Luqman Hakim bersama media sebelum berlepas ke Belgium malam tadi, kini menjadi perhatian peminat bola sepak Malaysia apabila ramai netizen yang begitu kagum dengan mentaliti padu Luqman Hakim.

Tembual yang diadakan di kawasan daftar masuk bagasi KLIA itu jelas mencerminkan bahawa jiwa kental Luqman Hakim untuk menangkis persepsi sesetengah pihak terhadap penghijrahannya ke KV Kortrijk.

“Saya dah janji dengan diri saya sendiri, saya balik pun saya buat apa je? Saya balik pun makan maki je.”

“Ini cita-cita saya. Pasal pemain-pemain luar negara, diorang pun ada sepasang kaki, saya pun ada sepasang kaki, buat apa saya nak takut. Jiwa saya kena kental lah.”

Kata-kata yang keluar dari mulut seorang Luqman Hakim yang berusia 18 tahun ini jelas menunjukkan mentaliti luar biasa yang dimiliki oleh beliau dan ini mungkin petanda awal dia bersedia menghadapi apa saja cabaran di Belgium demi mencapai cita-citanya.

Kita sebagai penyokong bola sepak Malaysia perlu memberikan sokongan kuat kepada beliau demi membina kerjaya bola sepak di eropah seterusnya menyumbangkan pengalaman kepada skuad kebangsaan Malaysia tidak lama lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Ini 4 Perkara Utama Yang Akan Dilakukan Oleh Luqman Hakim Setibanya Di Belgium

Ada Pihak Mula ‘Panas Bontot’ Selepas Isu ‘Double Contracts’ Pemain Jadi Bualan Hangat

‘The Hard Truth’: Perspektif Peribadi Pemain Mengenai Isu ‘Double Contracts’ Dalam Liga Malaysia