Penyerang Juventus Paulo Dybala telah sembuh sepenuhnya dari koronavirus dan tidak lagi diperlukan untuk isolasi selepas enam minggu.

Dybala sebelum ini diuji empat kali untuk saringan covid-19, dan kesemuanya menunjukkan hasil positif.

Beliau melanjutkan lagi tempoh kuarantin beliau di rumah. Sehinggalah berita gembira itu hadir semalam, di mana akhirnya beliau bebas covid-19.

Juara bertahan Serie A, Juve mengumumkan pemain antarabangsa Argentina itu telah pergi ke pemeriksaan semula dan keputusannya sangat menggembirakan mereka.

Dybala menyiarkan foto gembira di Instagram, menulis: “Wajah saya mengatakan semuanya, saya akhirnya sembuh dari Covid-19.”

Pada 21 Mac lalu, Dybala dan teman wanitanya Oriana Sabatini telah disahkan positif COVID-19.

Dybala kini sudah boleh bersiap sedia untuk kembali semula ke kem latihan pasukannya.

Kerajaan Itali sudah memberikan kebenaran kepada pasukan Serie A untuk kembali berlatih dengan protokol keselamatan dan kesihatan yang sangat ketat.

Dybala pernah berkongsi cerita bagaiman beliau mengalami sesak nafas dan demam kerana covid-19.

Dybala merupakan penyerang antarabangsa Argentina dan hampir meninggalkan Juventus pada awal musim ini.

Ini selepas Maurizio Sarri tidak memberikan jaminan kepada pemain itu bahawa beliau akan mendapat lebih banyak minit perlawanan.

Namun kini, Juventus sudah bersedia untuk melanjutkan lagi kontrak pemain tersebut.

Baca juga perkembangan yang lain dari Eropah:

Dybala Disahkan Positif Covid-19 Kali Keempat Dalam 6 Minggu

EPL Rancang Kembali 12 Jun Dengan Beraksi Di 8-10 Stadium

Lyon Bantah Liga Dihentikan, Hantar Kertas Cadangan 23 Muka Surat