Baru-baru ini timbul khabar angin dalam kalangan penyokong Selangor mengenai kemasukan pemain naturalisasi skuad Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh dalam skuad gergasi merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Bagaimanapun, pengendali Selangor, B. Satiananthan menyifatkan khabar angin tersebut tidak berasas kerana ia sengaja ditimbulkan oleh mencipta kemeriahan dalam Liga Malaysia.

“Saya sebagai jurulatih tidak ada mendengar bahawa Selangor akan membawa masuk pemain itu (Sumareh). Saya tidak tahulah jika ada jurulatih Selangor selain daripada saya yang membuat kenyataan tentang perpindahannya (ke Selangor),” jelasnya dalam Sinar Harian.

Satiananthan turut menegaskan barisan pemain yang ada ketika ini sudah cukup kuat termasuk kehadiran semula Rufino Segovia dan Wan Zack Haikal yang tersisih pada musim ini akibat kecederaan.

“Mereka ini sudah pulih tetapi Rufino saya akan pantau lagi sehingga bulan depan manakala Wan Zack tak ada masalah dan sedia untuk bermain.

“Kedua-duanya pemain yang bagus, tetapi mereka tetap kena bersaing dengan rakan sepasukan lain di bahagian hadapan,” katanya

Difahamkan Sumareh masih mempunyai mempunyai kontrak dengan Pahang sehingga 2021 dan mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya perlu membayar pampasan bernilai jutaan ringgit kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Namun begitu, situasi itu tidak mungkin akan berlaku kerana skuad tok gajah masih memerlukan khidmat pemain kelahiran Gambia itu untuk terus memberikan tentangan sengit dalam saingan Liga Super musim depan.

Akira Nishino

Mohamadou Sumareh dicabar pemain Thailand, Tristan Do. Sumber Gambar: Changsuek

Brendan Gan yang baru sahaja rasmi menyertai Selangor minggu lalu turut menafikan laporan daripada media yang mengatakan beliau cuba memujuk Sumareh untuk bersamanya memperkuatkan gergasi merah.

“Para pemain Selangor yang ada sudah cukup untuk mantap mencabar mana-mana trofi kejuaraan,” ujarnya.

Brendan turut melaungkan keazaman untuk membantu Selangor mencipta lebih banyak kejayaan selepas menghadirkan impak positif ketika mewakili The Bos Gaurus.

“Seperti mana kita semua tahu, Selangor sememangnya sebuah pasukan yang sudah lama memiliki sejarah kejuaraan tersendiri dalam bola sepak negara ini. Jadi saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah yang mampu mencipta kejuaraan bersama Selangor.

“Saya berharap nombor (jersi) 88 yang saya pakai nanti akan membawa tuah untuk mengembalikan kegemilangan semula pasukan ini dalam penampilan pertama saya bersama Red Giants,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Jafri Firdaus Chew Kecewa Dengan Cara KFA Lepaskan Beliau

Harimau Yang Tidur Kini Sudah Bangun, JDT Bakal Buat Pengumuman Besar Pada 20 Disember

Kegagalan MFL Lunaskan Baki Hak Penyiaran Punca Masalah Tunggakan Bayaran Pemain Terengganu FC

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group