Hasrat Selangor untuk mengutip 3 mata penuh tidak kesampaian apabila terikat 1-1 ketika menentang Melaka United (MU) di Stadium UiTM Shah Alam dalam perlawanan ketujuh CIMB Liga Super semalam.

Melaka yang dikendalikan oleh Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui rembatan dari luar kotak penalti oleh Uche Agba pada minit ke 39.

Bagaimanapun, jaringan itu tidak bertahan lama apabila pemain import Selangor, Sandro Da Silva kembali menyamakan kedudukan seminit kemudian selepas menyudahkan hantaran cantik dari Ifedayo Olusegun.

Jaringan itu memberi semangat tambahan kepada pemain Selangor untuk terus mengandakan asakan namun usaha mereka tidak membuahkan hasil. Malah, mereka juga terpaksa beraksi dengan 10 orang selepas Brendan Gan dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.

Namun begitu, Melaka United gagal mengambil kesempatan dan keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Pengendali Selangor, B. Satiananthan dalam temu bual selepas perlawanan mengakui sangat kecewa apabila anak buahnya memberi peluang kepada pemain lawan untuk melepaskan rembatan kencang.

“Ya, saya sudah beritahu mereka supaya jangan biarkan dia (Uche Agba) berpusing dan kami telah ‘marking’ pemain ini dengan rapat dan dia berjaya melepaskan satu rembatan.

“Mereka sangat bahaya ketika dalam ‘set piece’ dan apabila mereka ada 1 peluang, ia menjadi gol. Ada beberapa pemain kawal disekitarnya, dan dia hanya melepaskan satu rembatan.

“Dan apabila kami ada peluang, kami gagal manfaatkan peluang itu,” kata Satiananthan dalam bahasa inggeris.

119131518_4328559420549849_5756602854060374699_o

FOTO: FA Selangor

Sementara itu, ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan lega dapat bawa pulang sekurang-kurangnya satu mata demi memperbaiki kedudukan dalam liga.

“Bagi saya, kami telah berjaya memberi kesukaran kepada Selangor dengan menyerang. Saya akui kehilangan 2 mata tetapi para pemain sudah melakukan yang terbaik untuk dapatkan sekurang-kurangnya satu mata,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Tengku Muda Pahang: Kami Akan Bawa Kes Sumareh Ke AFC Dan FIFA

Kenyataan ‘Ikut Dan’ Presiden KFA Cetus Kecaman Penyokong Kedah, Aidil Sharin Akan Sertai Perak?

Perlawanan Melibatkan Pasukan JDT Tarik Jumlah Tontonan Paling Tinggi Di Laman Youtube

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group