Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais mengesahkan Pengarah Teknikal kelab itu, B. Satiananthan positif COVID-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Menurut laporan daripada New Straits Times, beberapa staf dan jurulatih skuad Piala Presiden Sarawak United turut dijangkiti wabak itu. Dua lagi staf sedang menunggu keputusan ujian saringan PCR.

“Pejabat kami termasuk Satiananthan di Kuching dijangkiti COVID-19 tetapi para pemain tidak terlibat. Mereka yang dijangkiti hanya staff kelab.

“Saya doakan agar mereka semua cepat sembuh,” kata Datuk Posa Majais.

srwk
Sumber: Sarawakcrocs

Posa turut menjelaskan terdapat 8 orang daripada kelab itu telah dijangkiti COVID-19 termasuk jurulatih daripada skuad Piala Presiden.

“Jumlahnya 8 orang yang dijangkiti dan ini termasuk jurulatih Piala Presiden. Syukur, para pemain (Piala Presiden) didapati negatif kerana mereka tidak menjalani latihan pada minggu lepas.

Sementara itu, Satiananathan bersyukur apabila isteri serta anaknya dapat keputusan negatif dalam ujian saringan dan beliau akan berjuang melawan virus tersebut sehingga sembuh sepenuhnya.

“Saya akan melawannya bersungguh-sungguh,” kata Satiananthan.

Kes COVID-19 dalam kalangan pemain dari Sarawak bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini pemain kelab Kuching City didapati positif sehingga memaksa sesi latihan mereka ditangguhkan sebelum musim baharu bermula.

Baca artikel lain mengenai kes COVID-19 yang melibatkan pemain Liga Malaysia. 

2 Pemain Pasukan Kelantan Sah Positif COVID-19, Perlawanan Bertemu Perak II Ditunda Ke Tarikh Lain

Enam Pemain PJ City FC Disahkan Positif COVID-19

Pemain Kuching FA Positif COVID-19 Dari Kluster Hospital Sentosa, Aktiviti Latihan Dihentikan Sementara Waktu