Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi amaran keras kepada semua pasukan Liga Malaysia yang gagal melengkapkan proses penswastaan dan pelesenan kelab akan diturunkan ke Liga Amatur (Liga M3) musim depan.

‘Penyingkiran’ itu turut akan mengurangkan jumlah pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Premier kerana tidak semua kelab ini mempunyai kantung kewangan yang kukuh.

swasta klub
Penswastaan dan Pelesenan Kelab diperkenalkan oleh FAM sejak 2017 lagi.

Bagi mengatasi masalah itu, Ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan melalui kenyataan dalam Sinar Harian mencadangkan agar FAM menjemput kelab dari luar negara untuk mengisi kekosongan pasukan yang diturunkan pangkat.

“Kalau hanya 10 pasukan yang jadi FC, kita boleh ambil pasukan luar seperti dari Brunei, Singapura dan sebagainya bagi membantu memeriahkan lagi saingan liga, lagi pun pasukan-pasukan ini lebih dahulu menggunakan status FC berbanding kita.

“Pasukan-pasukan yang tersingkir ke saingan Liga-M3 pula jika mahu kembali ke saingan liga utama perlulah menyiapkan proses pelesenan serta proses penswastaan kelab,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam satu program Bola @ Mamak baru-baru ini, tetamu jemputan Dato’ Windsor John yang juga merupakan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut memberikan satu kenyataan yang tegas mengenai perkara ini iaitu pemisahan FA kepada FC.

Menurut Satiananthan, kalau tak boleh buat perubahan ni (FA kepada FC), tahun 2021 perlesenan FAM tidak diiktiraf oleh AFC sekaligus menyukarkan peluang pasukan Liga Malaysia bertanding di peringkat Asia.

“Bagi saya memang rugilah kalau kita tidak bertukar kepada FC kerana ia adalah syarat daripada AFC. Tak gunanya apabila pasukan kita menang Piala FA atau muncul juara liga tetapi akhirnya tidak dibenarkan beraksi dalam saingan AFC (kerana masih berstatus FA).

“Bukannya susah pun untuk FA bertukar kepada FC, lagi pun dia ada syarat-syarat yang bagus untuk pembangunan bola sepak,” katanya.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin sebelum ini berkata, badan induk itu akan kurangkan jumlah pasukan yang bertanding dalam liga daripada 12 pasukan kepada 10 pasukan jika terdapat dua pasukan yang gagal melengkapkan proses penswastaan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan proses penswastaan pasukan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

“Jika Proses Penswastaan Pasukan Liga Malaysia Gagal Dilaksanakan, Perlesenan FAM Tidak Diiktiraf Oleh AFC.” – Dato’ Windsor John

Bayar RM13 Juta Jika Anda Mahu Membeli Pasukan Kuala Lumpur

KFA Hantar Surat Rasmi Kepada Aliff Syukri Bincang Tentang Pemilikan Kelab