Kekalahan 2-3 skuad gergasi merah kepada Perak malam tadi telah merencatkan peluang mereka untuk merampas kedudukan kedua Liga Super apabila dibezakan lima mata dengan pasukan Pahang.

Ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan mengakui kecewa dengan prestasi pemainnya yang sering melakukan kesilapan mudah ketika menentang anak buah Mehmet Durakovic.

“Pemain Selangor melakukan dua kesilapan, iaitu tidak bermain dengan baik, terutama dalam separuh pertama.

“Separuh kedua barulah mereka mempamerkan aksi biasa tetapi Perak berjaya menjaringkan gol gara-gara kesilapan kami.

“Perkara kedua ialah semasa sepakan penalti, tiada seorangpun pemain Selangor mengawal keadaan, menyebabkan penendang (Leandro Dos Santos) mudah menjaringkan bola yang melantun dari tiang.

“Semua tengok sahaja. Jika mengawal keadaan, mungkin ia boleh dihalang,” katanya dalam Stadium Astro

64598049_1056504601215540_7201520700568371200_o
FOTO: Perak TBG

Dalam perlawanan itu, Selangor mendahului dua kali tetapi setiap kali kelebihan itu berjaya dipadamkan tuan rumah. Jaringan daripada Careca pada minit ke 62 telah memastikan Perak mencatat kemenangan yang ketujuh dalam saingan Liga Super musim ini.

Bagaimanapun, Selangor masih belum menyerah kalah dan tetap berusaha untuk mencapai kelompok tiga teratas liga meskipun berdepan masalah kecederaan pemain.

“Saya terpaksa merombak barisan untuk mengimbangi pasukan. Malah untuk perlawanan akan datang (PJ City), kami lebih teruk lagi,” ujarnya.

Sumber