Status B. Satiananthan sebagai pengendali skuad Selangor musim depan menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila terdapat khabar angin di media sosial mengenai kemasukan jurulatih dari Jerman.

Menurut wartawan Astro Arena, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) kini sedang intai khidmat bekas pemenang Piala Dunia 1990 dan mempunyai pengalaman bimbing kelab ternama dari Jepun untuk menggantikan tempat Satiananthan.

Namun, Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon melalui satu kenyataan dalam Kosmo berkata, status Satiananthan sebagai ketua jurulatih masih dalam perbincangan dan mereka akan buat penilaian berdasarkan prestasi dalam saingan Liga Malaysia 2020.

“Sasaran kita untuk Sathianathan jelas iaitu layak ke Piala AFC dan naib juara Liga Super atau juara Piala Malaysia.

“Sekiranya tercapai sekalipun, kita akan membuat penilaian terlebih dahulu kerana pada tahun lalu tiada sebarang kejuaraan dimenangi Sathianathan.

“Justeru, apa yang boleh saya katakan adalah semua masih dalam perbincangan,” katanya.

Kerjasama

Sumber Gambar: Selangor Kini

Dr. Johan turut menafikan sebarang khabar angin mengenai pertukaran jurulatih dan menegaskan Satiananthan masih kekal bersama Selangor.

Beliau juga berharap prestasi cemerlang dalam perlawanan persahabatan dapat diteruskan dalam saingan Liga Super yang kembali bersambung minggu ini.

“Setakat ini tiada mana-mana jurulatih dalam radar kita dan Sathianathan masih jurulatih utama pasukan Selangor.

“Saya berharap momentum yang diperoleh hasil lima kemenangan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini dapat dite­ruskan pada Liga Super nanti bagi mendapatkan keputusan lebih baik,” ujarnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Unifi Umumkan Siaran Langsung CIMB Liga Super Malaysia Ditayangkan Secara Percuma Di 3 Platform Termasuk Youtube

https://www.vocketfc.com/sistem-pengadil-profesional-liga-malaysia-ditangguhkan-tahun-depan/;

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group