Pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand, Sasalak Haiprakhon menafikan khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai kelab liga Korea bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Menurut perkongsiam salah satu media Thailand iaitu Siam Sports, Sasalak berkata beliau selesa beraksi bersama Buriram dan sudah menganggap kelab itu sebagai rumah beliau.

Sasalak Haiprakhon
Sumber Gambar: Bangkok Post

“Buriram ialah rumah saya. Sejak hari pertama saya berhijrah ke sini, saya bangga dapat beraksi bersama pasukan ini. Semua yang saya capai adalah hasil dari sokongan semua pihak di sini.

“Kebelakangan ini banyak berita mengenai saya. Saya tidak tahu bagaimana masa hadapan saya tetapi saya gembira di sini. Saya melakukan perkara yang saya suka dan berada dekat dengan keluarga.

“Saya tidak tahu mengenai perpindahan yang dinyatakan dan saya tidak mahu terganggu. Ini kerana fokus saya ialah membantu pasukan untuk kembali ke prestasi terbaik,” kata Sasalak Haiprakhon.

Pemain pertahanan berusia 24 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Korea iaitu Jeonbuk Hyundai Motors.

Sebelum ini, Asia Tenggara pernah mempunyai wakil di saingan liga Korea apabila pemain tengah skuad kebangsaan Vietnam, Nguyễn Công Phượng pernah menyarung jersi Incheon United.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak di Asia Tenggara di sini:

Irfan Fandi Tandatangani Kontrak Jangka Panjang Bersama BG Pathum United

RASMI: Chonburi FC Umumkan Ketibaan Junior Eldstal, Mahu Bantu Kelab Dengan Pengalaman Dimiliki

FAM Umum Datuk Ong Kim Swee Sebagai Pengarah Teknikal Baharu Gantikan Tempat Peter de Roo