Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand, Sasalak Haiprakhon kembali ke pangkuan Buriram United selepas menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab Korea Selatan, Jeonbuk Jyundai Motors.

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football dimana Sasalak menyertai Jeonbuk secara pinjaman selama enam bulan pada Jun tahun lalu dan kini beliau bakal kembali memperkuatkan Buriram yang sedang mendahului dalam carta Thai League 1 musim 2021/2022.

Sepanjang beraksi bersama Jeonbuk, Sasalak diturunkan dalam dua perlawanan dan beliau turut membantu kelab tersebut muncul juara saingan K League musim 2021. Jeonbuk Hyundai menamatkan saingan dengan kutipan 76 mata, dua mata di hadapan pasukan tangga kedua iaitu Ulsan Hyundai.

Pada masa yang sama, pemain berusia 26 tahun itu turut mencipta sejarah yang tersendiri apabila menjadi pemain Thailand pertama dalam tempoh 35 tahun yang beraksi dalam saingan liga Korea.

Sebelum Sasalak, kali terakhir Thailand mempunyai pemain dalam saingan liga Korea ialah Piyapong Pue-on yang beraksi bersama Lucky-Goldstar FC atau yang kini lebih dikenali dengan nama FC Seoul.

Piyapong beraksi selama tiga musim bersama Lucky-Goldstar iaitu pada 1984 hingga 1986 dan membantu kelab tersebut memenangi gelaran liga divisyen pertama pada musim 1985. Beliau kemudiannya beliau berhijrah ke saingan Liga Malaysia dengan menyertai pasukan Pahang.

Buriram United kini berada di landasan terbaik untuk kembali merampas gelaran juara Thai League 1 dari BG Pathum United dimana kali terakhir pasukan itu menjuarai liga pada musim 2018.

Selain Sasalak Haiprakhon, Buriram turut diperkuatkan oleh seorang lagi bekas pemain iaitu Theerathon Bunmathan. Theerathon dan Sasalak sebelum ini menjadi pair utama dalam skuad kebangsaan Thailand di posisi pertahanan kanan dan kiri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

FAM Beri Penjelasan Mengenai Situasi Jaami Qureshi

Ibu Pejabat Baharu FAM Setinggi Lima Tingkat Dijangka Siap Pada Tahun 2025

Hyuri Henrique Calon Pemain Import Kelima Selangor