Pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand, Sasalak Haiprakhon membuat penampilan pertama bersama kelab baharunya, Jeonbuk Hyundai Motors dalam saingan K League 1 baru-baru ini.

Sasalak diturunkan pada masa tambahan ketika aksi menentang Daegu FC minggu lalu yang menyaksikan Jeonbuk memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.

Pada masa yang sama, pemain pinjaman dari Buriram United itu turut mencipta sejarah yang tersendiri apabila menjadi pemain Thailand pertama dalam tempoh 35 tahun yang beraksi dalam saingan liga Korea.

Sebelum Sasalak, kali terakhir Thailand mempunyai pemain dalam saingan liga Korea ialah Piyapong Pue-on yang beraksi bersama Lucky-Goldstar FC atau yang kini lebih dikenali dengan nama FC Seoul.

Piyapong beraksi selama tiga musim bersama Lucky-Goldstar iaitu pada 1984 hingga 1986 dan membantu kelab tersebut memenangi gelaran liga divisyen pertama pada musim 1985. Beliau kemudiannya beliau berhijrah ke saingan Liga Malaysia dengan menyertai pasukan Pahang.

Tempoh pinjaman Sasalak bersama Jeonbuk sehingga hujung musim 2021 dan beliau masih mempunyai masa untuk menambat hati pengendali pasukan, Kim Sang-sik sekaligus mendapat minit bermain yang lebih banyak baik dalam saingan liga mahupun saingan AFC Champions League (ACL).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Perlawanan JDT Menentang Sabah Raih Lebih 150,000 Tontonan Di YouTube

RASMI: Jalil Rasheed Sah Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu Kelab KV Kortrijk

Takefusa Kubo: Saya Tak Pernah Kecewa Sebegini Dalam Bola Sepak