Maurizio Sarri mendapat tekanan yang sangat kuat ketika di Chelsea walaupun rekod beliau tidaklah terlalu teruk di mana Sarri mencatatkan 39 kemenangan, 13 seri, 11 kekalahan.

Beliau juga membantu Chelsea menamatkan musim di 4 teratas (tangga ketiga EPL) dan menamatkan saingan musim tersebut dengan menjulang Liga Europa.

Namun karier Sarri di Chelsea berakhir dengan cara kontroversi. Beliau mendesak untuk dilepaskan ke Juventus kerana menyatakan beliau sudah tak tahan lagi di Chelsea.

Chelsea meminta yuran pelepasan untuk pengurus mereka yang masih ada baki kontrak beberapa tahun lagi.

Sarri dikatakan tidak berpuas hati dengan banyak perkara. Daripada polisi perpindahan sehinggalah konflik dengan para pemain.

Beliau mengakui sukar untuk membina hubungan peribadi dengan para pemain Chelsea. Namun beliau menghargai para pemain Chelsea yang berusaha untuk menerima beliau.

“Semakin jauh anda pergi, semakin sukar nak membina perhubungan dengan para pemain secara peribadi.”

“Keadaan di persekitaran anda berubah dan memerlukan waktu lebih lama untuk membinanya.”

0_Maurizio-Sarri-file-photo

“Saya tidak memiliki hubungan yang baik dengan para pemain di bilik persalinan Chelsea. Namun ketika saya memberitahu mereka, bahawa saya akan pergi, ramai di kalangan mereka menangis.”

Walaupun sekejap sahaja di England, Maurizio Sarri menegaskan beliau gembira kerana pernah merasai pengalaman menguruskan pasukan di England.

Namun beliau hanya merindui sedikit sahaja kehidupan di England. Tetapi beliau tetap merindui suasana bola sepak Inggeris.

Beliau menegaskan bahawa, Liga Inggeris sangat sukar dan memiliki kualiti teknikal yang sangat tinggi.

Walaupun tidak suka dengan kehidupan di England, Sarri tetap kagum dengan pembangunan bola sepak di England yang memberikan peluang sangat besar kepada para pemain muda berbanding di Itali.

“Adakah saya merindui England? Sikit sahajalah.”

“Saya tidak mampu nak tinggal di sana lebih lama. Dan saya tak faham bagaimana orang Itali yang boleh tinggal di sana lama-lama.”

“Namun anda merasakan bahawa para pemain muda mendapat lebih banyak peluang di England,  bukan hanya di dalam bidang bola sepak.”

Sarri turut menyindir Liga Itali di mana seringkali para penyokong menyanyikan sorakan berbentuk rasis.

Dasar liga Inggeris yang tegas antara sebab kenapa penyokong mereka sangat takut untuk berbuat demikian. Kalau ada yang ditangkap, tindakan tegas akan diambil.

Berbeza dengan Itali, ketika Romelu Lukaku diserang perkauman oleh penyokong lawan, ultras Inter sendiri mempertahankan tindakan penyokong lawan dengan menyatakan ia adalah chant berbentuk perang saraf sahaja.

Dan mereka meminta Lukaku untuk tidak terlalu cepat melatah.

“Saya tetap merindui Liga Inggeris. Di sana, saya tak pernah dengar lagi penyokong bersorak menghina orang lain – mereka juga berkumpul di luar stadium.”

“Penyokong lawan terbuka untuk mengajak anda bergambar dan stadium selalu penuh, tidak kira apa juga pertandingannya. Itu adalah luar biasa.”

Baca juga perkembangan bola sepak Eropah yang lain:

Benatia: “Guardiola ‘Tactician’ Hebat Namun Tak Bagus Dalam Pengurusan”

Borussia Dortmund Sedia Lepaskan Sancho Ke Man Utd Dengan Syarat Khas

Barcelona Mahu Kante Tukar Dengan Coutinho