Pemain bintang Iran, Sardar Azmoun melengkapkan musim gemilang beliau apabila memenangi anugerah Kasut Emas Russian Premier League (RPL) dengan catatan 17 gol.

Azmoun menjaringkan satu gol pada perlawanan terakhir liga menentang Rostov, sekaligus menjaringkan gol ke-17 dalam saingan RPL musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu mengetepikan cabaran dari rakan sepasukan iaitu Artem Dzyuba meskipun kedua-dua pemain mempunyai catatan gol yang sama.

Azmoun mempunyai kelebihan dari segi gol menerusi jaringan penalti dimana beliau hanya menjaringkan satu gol manakala Dzyuba menjaringkan 7 gol.

“Rakan sepasukan saya banyak membantu dalam mencapai anugerah ini. Jika anda bekerja keras, maka anda akan mendapat sesuatu daripadanya.

“Untuk memenangi liga bukan satu perkara yang mudah. Namun semua pihak memainkan peranan dalam kejayaan ini. Kami memenangi kejuaraan bersama-sama,” kata Azmoun.

Sardar
Sardar Azmoun of FC Zenit Saint Petersburg celebrates his goal during the UEFA Europa League Round of 32 second leg match between FC Zenit Saint Petersburg and Fenerbahce SK on February 21, 2019 at Saint Petersburg Stadium in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Mike Kireev/NurPhoto via Getty Images)

Setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama Zenit St-Petersburg, kini Azmoun menjadi buruan kelab-kelab besar di Eropah.

Kelab EPL, Arsenal dan Serie A, Napoli dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Baca artikel lain mengenai Sardar Azmoun di sini:

Sardar Azmoun Jadi Rebutan Kelab Gergasi Eropah

Empat Kelab EPL Termasuk Arsenal Buru Khidmat Bintang Iran, Sardar Azmoun

Napoli Hantar ‘Scout’ Buru Khidmat Bintang Iran, Sardar Azmoun