Pemain bintang Iran, Sardar Azmoun menjadi rebutan kelab gergasi Eropah setelah beliau menampilkan aksi cemerlang apabila membantu Zenit St Petersburg memenangi Liga Russia musim ini.

Kemenangan 4-2 ke atas Kuban Krasnodar pada 6 Julai lalu yang menyaksikan Sardar menjaringkan dua gol memberikan kejuaraan Russian Premier League buat Zenit. Setelah 8 tahun beraksi di Russia, pemain berusia 25 tahun itu mahu mencari cabaran baharu sekaligus membangkitkan minat beberapa kelab.

Sebelum ini, kelab Serie A, Napoli dikhabarkan telah menghantar scout ke Russia bagi meninjau perkembangan Sardar dan menilai sama ada pemain itu sesuai dengan sistem yang diterapkan oleh Gennaro Gattuso.

Kelab dari Liga Perdana Inggeris (EPL) kemudiannya menyertai perlumbaan bagi mendapatkan Sardar Azmoun dimana Arsenal, Leicester City dan Everton, kelab yang dimiliki jutawan Iran iaitu Farhad Moshiri.

Leicester mahu mencari back up kepada Jamie Vardy yang mula menunjukkan penurunan prestasi sejak Mac lalu manakala Everton mahu mencari gandingan kepada Richarlison di bahagian serangan.

Everton dilihat mempunyai peluang untuk memenangi perlumbaan ini kerana faktor Farhad yang dikhabarkan bakal memujuk pemain itu untuk berhijrah ke Goodison Park.

Baca artikel lain mengenai pemain Asia yang beraksi di Eropah di sini:

Takefusa Kubo Ucap Terima Kasih Kepada Mallorca, Minta Maaf Gagal Bantu Kelab Kekal Di La Liga

Napoli Hantar ‘Scout’ Buru Khidmat Bintang Iran, Sardar Azmoun

Real Madrid Mahu Takefusa Kubo Sertai Real Sociedad Walaupun AC Milan ‘Cucuk Rapat’ Bakat Jepun Ini