Pasukan Sarawak United baru-baru ini mengumumkan mereka telah menyelesaikam tuggakan gaji pemain dan pegawai pasukan yang telah tertunggak selama empat bulan.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Sarawak membuat satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan mengenai perkara ini sebelum aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan pada minggu lalu.

Sebelum ini, Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menegur Sarawak agar segera menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, TMJ menegur Sarawak agar segera menyelesaikan tunggakan gaji dan teguran itu mendapat tindak balas dari pihak kelab.

Sarawak United
Sumber Gambar: Instagram TMJ

Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mendedahkan mereka telah menerima laporan daripada beberapa orang pemain Sarawak United mengenai isu tunggakan gaji pemain.

Pemain Sarawak turut berkongsi cabaran yang dihadapi oleh mereka tatkala majikan tidak membayar gaji mereka dimana ada dikalangan pemain yang tidak dapat memenuhi tanggungan mereka.

Antara pemain yang membuat pendedahan ialah Boris Kok dimana Boris menegaskan situasi adalah sukar buat semua pemain kerana ada dikalangan daripada mereka yang tidak mempunyai wang untuk membayar tanggungan seperti kereta, rumah, makan dan minum bahkan keluarga mereka.

Boris Kok: Pemain Menderita Kerana Tidak Terima Gaji

“Memang betul Sarawak United tidak membayar semua pemain dan kakitangan sejak 4 bulan dan semua pemain masih mengekalkan tingkah laku profesional dan motivasi mereka dalam bermain setiap perlawanan.

“Keadaan sangat sukar buat semua orang. Tiada wang untuk membayar rumah, untuk membayar makanan, untuk bergerak dengan kereta, untuk menanggung keluarga. Semua orang menderita tetapi kami tidak pernah bercakap dalam media kerana kami sangat menyayangi peminat Sarawak United dan Sarawak. Kami tidak mahu menyalahkan kelab dan menghormati mereka.

“Kami bersabar, pihak kelab berjanji berkali-kali untuk membayar kami sejak 3 bulan selepas setiap perlawanan. Tetapi tiada apa-apa dan hari demi hari keadaan kami semakin sukar,” kata Boris.

Penganjur liga bola sepak Malaysia, Malaysian Football League (MFL) turut membuat keputusan untuk menyalurkan sejumlah RM100,000 bagi membantu pemain dan pegawai Sarawak United yang mengalami masalah tunggakan gaji.