Skuad Sarawak United memilih untuk berpusat di kawasan lembah klang untuk menghadapi saingan Liga Premier 2021 susulan penularan wabak pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Perkembangan itu disahkan oleh Presiden Sarawak FA, Datuk Posa Majais melalui kenyataannya dalam New Straits Times kelmarin dan pihaknya kini dalam proses mengemukakan rayuan kepada Malaysia Football League (MFL).

Sarawak kini merupakan kawasan zon merah dan ia akan menyukarkan pasukan lawan untuk bertandang ke sana kerana perlu menjalani proses kuarantin sebelum menghadapi perlawanan sebenar.

“Kami percaya pasukan lawan pasti tidak mahu datang kalau diwajibkan menjalani proses kuarantin. Kerajaan negeri tidak akan mengurangkan sekatan dalam masa terdekat kerana Sarawak masih merupakan kawasan zon merah.

“Kami akan menghantar rayuan ke MFL. Kita memerlukan bantuan MFL untuk memilih stadium sekitar Lembah Klang untuk dijadikan sebagai gelanggang kami. Sudah tentu kami akan melihat jadual perlawanan dahulu sebelum membuat keputusan rasmi” kata Datuk Posa.

Posa Majais
Sumber Gambar: SB

Musim lepas, Sarawak United menghuni kedudukan 10 dalam Liga Premier dengan 11 mata. Namun musim ini, mereka berubah wajah dan kelihatan berbeza apabila melantik jurulatih berpengalaman, B. Satiananthan sebagai pengarah teknikal.

Sathianathan diberi kuasa penuh oleh Posa untuk memperkasakan program pembangunan pasukan berkenaan, manakala tugas mengendalikan skuad Sarawak United akan terus digalas oleh E.Elavarasan yang dilantik sebagai ketua jurulatih pada musim lepas.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

RASMI: Melaka United Umum Alex Gonçalves Dan Manuel Ott Sebagai Pemain Import Baharu

Selangor 2 Diperkuatkan ‘Wonderkid’ Myanmar Hadapi Saingan Musim 2021

Mempunyai Ketinggian 191 cm, Mamadou Wague Bakal Berganding Dengan Herold Goulon Dalam Skuad Pahang