Sarawak United FC (SUFC) hari ini memperkenalkan logo baharu pasukan yang lebih menyerlah tanpa melupakan elemen-elemen kebudayaan negeri Sarawak.

Berkonsepkan minimalis namun masih mengekalkan ciri-ciri Sarawak sebagai asas logo, iaitu penggunaan Terabai yang sangat sinonim dengan perisai orang Dayak Sarawak dipilih sebagai identiti SUFC menggantikan identiti lama kelab berkenaan.

Menurut kenyataan rasmi, penggunaan Terabai dalam logo ini adalah hasil garapan buah fikiran barisan pengurusan Sarawak United yang sebulat suara mahukan SUFC tampil dengan imej baru bagi menggantikan logo lama yang diberikan nafas baru dari segi penggunaan subjek-subjek yang membentuk elemen identiti logo yang akan digunakan bermula pada musim ini.

Inspirasi terabai di ambil sempena dengan sifat terabai itu sendiri yang berfungsi sebagai “shield” untuk bertahan dan berlindung daripada serangan luar.

154976255_120330403426785_7840019242267562929_o (1)

Masih mengekalkan penggunaan tiga warna utama bendera negeri Sarawak iaitu Merah, Hitam dan Kuning, logo Sarawak United FC yang berwajah tidak melupakan burung Kenyalang yang di olah sedikit moden dengan sayap yang terbuka sebagai lambang kemegahan Bumi Kenyalang, dan bola sepak di tengahnya membawa definisi “kemegahan
dalam arena bolasepak”.

Logo baru ini akan pertama kali digunakan dalam perlawanan menentang Kedah FC esok  jam 8.30malam bertempat di Pusat Latihan FAS Kompleks Sukan, Suk Selangor.

Sarawak United akan menjadikan Stadium Selayang sebagai gelanggang rasmi dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Gelanggang yang berkapasiti 16,000 penonton itu menjadi pilihan Skuad Sarawak United untuk berpusat di kawasan lembah klang susulan penularan wabak pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Tidak Sampai Satu Jam, Jualan ‘Online’ Jersi JDT 2021 Sudah Habis Dijual

Matlamat Dan Falsafah Kelab Jadi Faktor Utama Manuel Konrad Sertai Selangor FC

Chong Yee Fatt Calon Ganti Mehmet Durakovic Kendalikan Perak

Skuad Projek FAM-MSN Sedia Beri Saingan Sengit Dalam Liga Premier 2021

Kedah Berisiko Tidak Dapat Beraksi Di AFC Cup 2021?