Sarawak United menegaskan mereka tidak pernah melantik Juan Carlos Margo sebagai ketua jurulatih pasukan itu sekaligus menyifatkan hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)sebagai berat sebelah.

Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais dalam satu temu bual bersama Astro Arena dimana pihaknya sedang mencari bukti bahawa Margo pernah menjadi ketua jurulatih pasukan.

FIFA mengarahkan Sarawak United untuk membayar tunggakan gaji Margo sebanyak RM200 Ribu selain tidak membenarkan kelan itu melakukan transaksi pemain untuk jendela perpindahan Januari 2022 nanti.

Juan Carlos Margo
Juan Carlos Margo (kiri). Sumber Gambar: SB

“Kami tidak boleh terima hakikat tuntutan ini, kami tidak pernah lantik dan tandatangi kontrak itu. Benda ini sudah berlaku setahun lebih dan FIFA pun tiada bukti mengenai tuntutan itu,” kata Datuk Posa Majais.

Pada masa yang sama, Posa berharap jumlah pampasan yang diarahkan kepada Sarawak United untuk dibayar kepada Juan Carlos Margo dapat dikurangkan.

Beliau menegaskan pihak kelab sedia untuk membayar namun akan membuat rayuan bagi mengurangkan amaun pampasan.

Selain itu, Perak juga berdepan perkara sama dimana mereka menerima tuntutan saman berjumlah RM500,000 daripada pemain import dari Korea Selatan, Jeon Hyo-seok.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Ketiadaan Matthew Davies Beri Minit Permainan Yang Banyak Kepada Ashar Al Aafiz

Benjamin Mora: “Kami Melaksanakan Tugas Dengan Sangat Baik, Tetapi Malangnya Mereka Diberikan Penalti”

Setiausaha Agung PSSI Beri Bayangan Luis Milla Bakal Ke Malaysia