Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais membayangkan pasukannya mungkin akan menarik diri daripada bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Keputusan itu terpaksa dibuat selepas mendapati mereka kini berdepan masalah kewangan yang serius dan tidak mempunyai sumber pendapatan yang kukuh.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” kata Datuk Posa dipetik daripada Suara Sarawak.

Posa Majais
Datuk Posa Majais

Malaysian Football League (MFL) tahun lepas meluluskan permohonan FAS untuk pertukaran status pemilikan Selangor United Football Club (SUFC) menjadi Sarawak United Football Club.

Sarawak United mengisi slot SUFC dengan menggunakan nama pasukan sebagai Sarawak United dan beraksi di Liga Premier musim 2020.

Empat pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Jika FAS menarik diri, kesemua pasukan ini tidak boleh beraksi dalam semua pertandingan anjuran FAM dan juga MFL.

Baca artikel lain mengenai perkembangan terkini bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Kedah Lakukan Penstrukturan Semula, Gaji Pemain Mungkin Dikurangkan Musim Depan

Keputusan Tidak Benarkan Felda United Dan UKM FC Bertanding Kekal

“Kita Sedar Kelantan Semakin Meningkat Selepas Ada Pemilik Baru, Tetapi Apa Saja Boleh Berlaku.”