Pemain tengah skuad kebangsaan Thailand, Sarach Yooyen menegaskan beliau gembira bersama Muangthong United namun tidak menolak kemungkinan sekiranya Johor Darul Ta’zim (JDT) berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Sebelum ini, Sarach dikhabarkan menjadi sasaran JDT bagi bagi menggantikan ketua pasukan, Hariss Harun sekaligus mengisi kuota pemain import Asia Tenggara.

Menurut Sarach, JDT merupakan salah sebuah pasukan yang mempunyai barisan pemain terbaik serta mempunyai stadium yang besar.

“Menarik kerana saya dikaitkan dengan pasukan besar seperti JDT yang mempunyai barisan pemain terbaik serta stadium yang besar. Tetapi saya gembira bersama Muangthong United.

“Pasa saat ini, ianya masih lagi berstatus khabar angin. Tetapi pengurusan pasukan sudah pasti akan membuat keputusan sekiranya mereka menerima tawaran,” kata Sarach Yooyen.

Sarach Yooyen
Sumber Gambar: Changsuek

Sarach merupakan antara pemain paling berjaya dalam pasukan kebangsaan Thailand dimana beliau memenangi dua kejuaraan Piala AFF Suzuki iaitu pada edisi 2014 dan 2016.

Selain itu, pemain berusia 27 tahun itu juga membantu Muangthong United memenangi kejuaraan liga domestik seperti saingan Thai League 1 dan Thai League Cup.

Baca artikel lain mengenai Sarach Yooyen di sini:

Pasukan Liga Malaysia Mahu Dapatkan Khidmat Sarach Yooyen

Kelab Liga Jepun Berminat Tandatangani Khidmat Pemain Tengah Thailand, Sarach Yooyen

Gamba Osaka, Kashiwa Reysol Dan Sagan Tosu Buru Khidmat Pemain Tengah SCG Muangthong United