Siapa sangka seorang pengadil lelaki yang dahulu sado kini berubah menjadi ‘pondan’ apabila bertukar penampilan kepada seorang yang lembut dan telah menjalani pembedahan penukaran jantina daripada lelaki kepada wanita.

Pengadil Israel berusia 26 tahun itu dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki dan pernah mengendalikan perlawanan penting namun kini akan memulakan tugas sebagai seorang pengadil wanita dalam Liga Israel.

Malah, Persatuan Bola Sepak Israel turut bangga dengan perubahan itu dan beliau kini diiktiraf sebagai pengadil transgender yang pertama di negara itu. Mereka kini sedang berbincang dengan UEFA dan FIFA untuk menjelaskan bagaimana mahu menempatkan pengadil ‘dua alam’ ini.

Nama lelakinya ialah Sagi Berman dan dalam satu sidang media kelmarin, beliau mengumumkan dirinya sebagai seorang wanita dan nama baharunya ialah Supir Berman.  Perubahan Supir turut menerima sokongan daripada komuniti bola sepak Israel.

“Saya sentiasa melihat diri saya sebagai seorang wanita sejak zaman kanak-kanak lagi. Pada mulanya, saya tak tahu nak cakap macam mana tetapi saya sentiasa mempunyai keinginan untuk menjadi wanita.

“Saya sedar masyarakat akan kecam dan tidak akan menerimanya dan segala-galanya tidak akan memihak kepada saya. Jadi, saya terus begini selama hampir 26 tahun.

“Kemudian saya ambil keputusan untuk menunjukkan siapakah sebenarnya diri saya,” katanya.

Ketika ditanya apakah dia sedia berdepan ejekan daripada penyokong bola sepak di padang, beliau menjelaskan sudah bersedia untuk berdepan situasi itu dan ia tidak akan membuatnya terganggu.

Supir Berman cukup terkenal sebagai salah seorang pengadil utama liga Israel. Ketika dia sedang menjalani rawatan hormon selama beberapa bulan, beliau diturunkan pangkat sebagai pengadil keempat perlawanan.

 Baca artikel lain mengenai isu pengadil bola sepak melalui pautan dibawah. 

Penyokong Al-Wehdat ‘Bengang’ Tumpas 0-2, Kecam Pengadil Malaysia Di Laman Facebook ACL

Pengadil ‘Kantoi’ Terkencing Dalam Seluar Sebelum Sepak Mula

[VIDEO] Pengadil Berikan Peluang Pemain Liga Turki Berbuka Puasa Di Dalam Padang