Pengurusan pasukan Kedah dikritik hebat oleh peminat setelah menggunakan logo dan nama baharu pasukan yang dianggap ala kadar dan tidak melambangkan jati diri pasukan itu.

Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Sanusi Md Nor mengumumkan skuad Lang Merah akan dikenali dengan nama Darulaman FC dan menggunakan logo baharu pada saingan musim hadapan. Namun, perkara ini tidak digemari oleh peminat.

Darulaman FC
Sumber Gambar: Twitter

Setelah dikritik hebat, Sanusi menerusi laman media sosial rasmi Facebook beliau menyatakan peminat ada menghantar beberapa logo kepada pihak pengurusan.

Beliau kemudiannya berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk memilih satu daripada beberapa logo yang dihantar oleh peminat untuk digunakan bagi melambangkan Darulaman FC pada musim hadapan.

Selain pasukan Kedah, satu lagi pasukan turut memperkenalkan logo baharu semalam dimana pasukan Liga Perdana, Negeri Sembilan bakal menggunakan logo dan nama pasukan baharu musim hadapan.

Situasi sama seperti Kedah, segelintir peminat Negeri Sembilan turut mengkritik logo baharu tersebut kerana dinilai terlalu simple.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kedah di sini:

Kedah Guna Nama Darulaman FC (DFC), Rekaan Logo Baharu Pasukan Bakal Cetus Kontroversi Dari Peminat

Kedah Terpaksa Rehatkan Ifwat Akmal Kerana Kecederaan Bahu

Kenyataan ‘Ikut Dan’ Presiden KFA Cetus Kecaman Penyokong Kedah, Aidil Sharin Akan Sertai Perak?