Jurulatih Portugal, Fernando Santos telah melihat kelemahan dalam pasukan Belgium namun menyatakan dia tidak akan memberitahu kepada media tentang perkara itu.

BelgiumĀ  memenangi ketiga-tiga perlawanan kumpulan mereka di Kejuaraan Eropah. Dan tampil sebagai pasukan pilihan ketika berdepan juara bertahan Portugal pada hari Ahad di peringkat 16 akhir.

Santos memuji Belgium tetapi mengatakan pasukan itu turut bergelut dengan beberapa aspek permainan mereka, terutama sekali ketika kemenangan atas Denmark ketika pasukan ranking teratas FIFA itu hanya melakukan percubaan.

“Saya tidak akan membincangkan kelemahan mereka secara terbuka sekarang kerana saya tidak mahu mereka tahu apa yang saya fikirkan,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

“Tetapi ada perkara yang dapat kita terokai daripada pengamatan kita. Perlawanan menentang Denmark menunjukkan ada beberapa kelemahan mereka. ”

Belgium membuka kempen dengan kemenangan selesa 3-0 menentang Rusia dan kemudian memerlukan gol lewat untuk mengalahkan Finland 2-0 pada perlawanan terakhir kumpulan.

Belgium turut menewaskan Denmark 2-1 dalam satu lagi aksi.

Hanya Belgium, Itali dan Belanda yang memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan mereka pada Euro 2020.

Portugal pula bergelut untuk mara dengan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dalam kumpulan sukar yang turut ada Piala Dunia Perancis, Jerman dan Hungary.

“Belgium ada banyak kekuatan, terutama kesefahaman yang mereka miliki kerana telah sekian lama bermain bersama,” kata Santos.

“Semuanya mengalir [flowing] secara semula jadi. Mereka sudah tahu di mana semua orang tanpa perlu berfikir panjang. ”

Santos berkata, kemampuan Belgium untuk menggunakan pelbagai formasi juga dapat menimbulkan masalah buat Portugal.

“Mereka dapat bermain dengan 3-4-3, atau lima serangan, atau 3-4-1-2. Ini pasukan yang suka keluar menyerang.”

Baca juga artikel

Rice: “Buat Apa Takut Dengan Jerman? Kami Ada Bintang Bertaraf Dunia Untuk Cetak Gol”

Morata: “Keluarga Saya Diancam, Mereka Mahu Anak Saya Mati”

RASMI: UEFA Mansuhkan Sistem Gol Tempat Lawan Serta Merta