Bekas pemain skuad kebangsaan Sepanyol, Santi Cazorla memilih untuk menyertai Xavi Hernandez di Al Sadd setelah meninggalkan kelab La Liga, Villarreal.

Cazorla kembali menampilkan prestasi cemerlang apabila menyertai Villarreal pada 2018 lalu setelah bergelut dengan kecederaan ketika beraksi bersama Arsenal.

Kecederaan buku lali yang dialami Cazorla sangat teruk sehinggakan beliau hampir saja kehilangan kakinya. Namun, pemain berusia 35 tahun itu berjaya pulih dan bahkan kembali beraksi bersama Sepanyol.

Al Sadd dalam satu pengumuman menyatakan mereka telah mencapai persetujuan dengan Santi dan pemain itu akan tiba di Doha bagi melengkapkan perpindahan.

Santi akan bekerjasama dengan bekas rakan sepasukan beliau iaitu Xavi Hernandez. Dua individu ini pernah membantu skuad La Roja memenangi kejuaraan di peringkat antarabangsa seperti UEFA Euro 2008 dan 2012.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mahu Santi Cazorla menyertai beliau sebagai staf kejurulatihan apabila pemain itu bersara nanti.

Arteta dan Cazorla pernah beraksi bersama sewaktu Arsenal dibimbing oleh Arsene Wenger.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah di sini:

TERKINI: Kai Havertz Hampir Pasti Milik Chelsea

Pemain Keturunan Indonesia Bakal Beraksi Di Liga Perdana Inggeris Musim Depan

Sardar Azmoun Jadi Rebutan Kelab Gergasi Eropah