Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain pemain pasukan Terengganu iaitu Sanjar Shaakhmedov yang kini beraksi untuk kelab AGMK di Uzbekistan, berjaya mencatatkan nama selaku penjaring dalam perlawanan AFC Champions League 2021 ketika berdepan pasukan gergasi Al-Hilal SFC.

Sanjar Shaakhmedov yang dimasukkan pada minit ke 62 perlawanan untuk menggantikan penyerang Murodjon Toshmatov hanya memerlukan 8 minit masa untuk menyamakan kedudukan selepas AGMK ketinggalan 1-2.

Berikut adalah senarai pemain kedua-dua pasukan dalam perlawanan semalam.

AGMK

Berdepan kelab Al-Hilal SFC dari Arab Saudi yang juga merupakan juara 3 kali AFC Champions League bukan satu tugas yang mudah namun AGMK nampaknya membuktikan bahawa mereka mampu untuk mengikat salah sebuah kelab gergasi di Asia itu.

agmk ochl

Sekitar bulan November 2020 yang lalu, pihak pengurusan Terengganu mengumumkan bahawa mereka tidak menyambung khidmat beberapa pemain termasuklah Sanjar Shaakhmedov disebabkan kekangan kewangan dan terpaksa melepaskan pemain itu.

Sanjar menyertai TFC pada musim 2019 ketika dibawah kendalian Irfan Bakti. Berdasarkan rekod, beliau merupakan bekas pemain terbaik kelab Lokomotiv Tashkent musim 2018 yang muncul juara Liga Uzbekistan tiga tahun berturut-turut mulai 2016.

Teruskan membaca beberapa artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Azul Claro Numazu Umum Hadi Fayyadh Cedera ACL, Akan Kembali Ke Okayama Jalani Proses ‘Rehabilitation’

RASMI: Pemain Kacukan Bangladesh Berusia 16 Tahun Dinaikkan Ke Pasukan Utama, Tersenarai Dalam Skuad U17 Jepun

Kerteh FC Berjaya Jual 350 ‘Joyah’ Dalam 5 Hari, Jana Pendapatan 4 Angka Dari Produk SME Tempatan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group