Beberapa hari yang lalu, skuad bimbingan Bojan Hodak telah menamatkan cabaran dalam saingan Sanix Cup 2018/Global Arena Cup 2018 di Fukuoka ditempat ke 13 dari 16 pasukan yang bersaing.

Selepas melalui saingan peringkat kumpulan, skuad Malaysia U18 berjaya mencatat 1 kemenangan (2-1 keatas Maebashi Ikuei High School) dan 2 kali kalah (0-3 kepada FC Tokyo Youth dan 0-2 kepada Ozu High School), menamatkan cabaran ditempat ketiga Kumpulan A.

2 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke saingan Sanix Cup 2018 dan 2 pasukan terbawah setiap kumpulan bersaing dalam Global Arena Cup 2018.

A07I0126

Dalam saingan Global Arena Cup 2018, Malaysia U18 tewas kepada Higashi Fukuoka High School 3-4 dalam penentuan sepakan penalti bagi perlawanan penentuan tempat ke 9 hingga 12.

Seterusnya, pada perlawanan penentuan tempat ke 13 hingga 16, Malaysia telah menewaskan pasukan Qing Shui High School dari Taiwan 6-0 dan mara untuk bertemu pasukan FC Izhorets-Inkon Youth dari Russia dengan keputusan 3-1.

Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Kejohanan Ini?

Berdasarkan keputusan perlawanan ini, kita dapat mengenal pasti dimana level pemain remaja Malaysia berada berbanding pemain remaja dari negara lain.

Mengambil Jepun sebagai contoh, mereka hanya menghantar pasukan sekolah tinggi atau pasukan remaja kelab J.League manakala Malaysia menggunakan skuad elit kebangsaan bawah 18.

Disini kita dapat melihat sejauh mana pembangunan pemain muda mereka sehingga mampu menewaskan skuad bawah 18 tahun negara, walaupun sekadar sebuah pasukan sekolah tinggi. Jelas ini memperlihatkan bahawa Jepun mempunyai ‘pool’ pemain yang cukup besar untuk memperkuatkan pasukan liga serta skuad kebangsaan mereka dimasa depan.

AM0W4033

Selain itu, kita juga boleh perhatikan bahawa kebanyakkan jurulatih skuad sekolah tinggi Jepun ini mempunyai kelayakan yang tinggi sehingga ada diantara mereka yang layak membimbing pasukan dalam saingan J1 League.

Disini wujud satu mentaliti dikalangan jurulatih Jepun untuk tidak ‘tamak’ membawa pasukan elit liga divisyen teratas, tetapi mereka lebih suka untuk membantu pemain muda untuk menerima ‘ajaran’ yang betul sejak dari umur seawal 14 tahun, supaya faham apa yang perlu dilakukan untuk bergelar pemain bola sepak dewasa nanti.

Perkara ini akan membuatkan tugas jurulatih diperingkat senior lebih mudah kerana ‘direction’ telah dibentuk sejak awal selari dengan misi untuk ‘supply’ pemain ke peringkat kelab dan kebangsaan.

‘Point’ penting disini adalah, untuk mendapatkan pemain diperingkat ‘grass root’ yang baik, ‘coaches education’ juga perlu dititikberatkan supaya pemain muda tidak ‘tersalah ajaran’ diperingkat awal.

Edisi sulung penyertaan skuad Malaysia U18 ini secara keseluruhnya boleh dikatakan sebagai ‘performance validation’ untuk Bojan Hodak mengenalpasti perkara-perkara kritikal pemain-pemainnya untuk kejohanan seterusnya untuk mengharumkan nama Malaysia diperingkat lebih tinggi.

Nota: Juara Sanix Cup 2018 adalah skuad Aomori Yamada High School yang merupakan Juara Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Jepun 2016. Mereka mempunyai ketua jurulatih yang mempunyai kelayakan membimbing skuad elit J1 League, tetapi memilih untuk membimbing skuad Aomori Yamada sejak lebih 20 tahun yang lalu.