Pemain import Selangor, Sandro Da Silva dilaporkan sedia untuk beraksi bersama skuad pembangunan pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana Sandro meletakkan Selangor sebagai keutamaan beliau bagi musim 2021.

Menurut Avinesh, Sandro percaya kehadiran beliau mampu membantu barisan pemain muda Selangor 2 dimana pemain berusia 37 tahun itu sudah mempunyai pengalaman beraksi di Liga Malaysia sejak 2015.

Ketika ini situasi Sandro masih menjadi tanda tanya sama ada beliau kekal ataupun tidak berada berada dalam perancangan ketua jurulatih baharu, Karsten Neitzel musim hadapan.

Sandro Da Silva
Sumber Gambar: Selangor FC

Setakat ini, hanya Ifedayo Olesegun dan Safuwan Baharuddin yang dikekalkan manakala Taylor Regan dan Rufino Segovia serta pemain import Selangor 2, Bajram Nebihi telah meninggalkan pasukan.

Selangor 2 kekal dibarisi oleh pemain muda selaras dengan matlamat mereka mahu melahirkan lebih ramai pemain berkualiti yang boleh mengikut jejak langkah Luqman Hakim yang kini beraksi di Belgium bersama KV Kortrijk.

Baru-baru ini, Selangor 2 telah berjaya mendapatkan 6 pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan barisan pemain baharu ini akan dicampur dengan pemain sedia ada.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Pemilik PJ City Percaya Dengan Kemampuan Pemain Tempatan, Sasar Kedudukan Lima Terbaik Liga Super 2021

Shahrel Fikri: Perpindahan Ke Selangor Tepat Untuk Karier Dan Masa Depan

Safiq Rahim Jadi Pemilik Kelab Liga M3