Pasukan Selangor semakin rancak dalam membuat persiapan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila mengekalkan pemain import dari Brazil, Sandro Da Silva bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan.

Perkara ini disahkan oleh ketua jurulatih Selangor, B.Satianathan dimana selain Sandro, dua lagi pemain import iaitu penjaring terbanyak skuad The Red Giants dalam saingan Liga Super musim ini, Ifedayo Olesegun dan penjaring terbanyak Liga Super musim 2018, Rufino Segovia turut dikekalkan.

Sandro Da Silva dibawa masuk pada awal musim ini bagi menggantikan seorang lagi pemain import, Antonio Timothy German yang digugurkan kerana prestasi yang tidak memberangsangkan.

Meskipun sedikit bergelut pada mulanya, namun kemasukan Ifedayo pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia berjaya membantu Sandro kembali menemui sentuhan emasnya.

Gandingan Sandro dan Ifedayo membantu Selangor menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga. Manakala dalam saingan Piala Malaysia pula juara 33 kali ini berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada pasukan juara, Johor Darul Ta’zim.

Sandro Da
Sumber Gambar: FA Selangor

Dengan hadirnya Sandro, Ifedayo serta Rufino, berkemungkinan besar barisan serangan Selangor akan diisi oleh ketiga-tiga pemain.

Ifedayo dan Rufino akan dibantu oleh pemain berusia 36 tahun itu dan gandingan ketiga-tiga pemain bakal menjadi satu gandingan yang wajar diberikan perhatian musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor yang telah kami sediakan di sini:

Taylor Regan Dan Sean Eugene Selvaraj Kekal Bersama Selangor

Khairulazhan Kekal Bersama Selangor Musim Hadapan

Selangor Destinasi Baharu Brendan Gan?