Bintang sensasi Borussia Dortmund, Jadon Sancho telah melabel DFL sebagai satu jenaka selepas badan bola sepak Jerman itu mendenda beliau baru baru ini.

DFL mendenda Jadon Sancho kerana melanggar garis panduan penjarakan sosial.

Sancho dan rakan sepasukannya, Manuel Akanji, kedua duanya didenda. Ini selepas melihat gambar mereka menggunting rambut tanpa menggunakan pelitup muka.

Bundesliga mengetatkan peraturan protokol penjarakan sosial ketika ianya bersambung – seperti mana yang diminta oleh kerajaan.

Namun kedua dua pemain tidak akan dikenakan penggantungan aksi.

Bundesliga menjadi liga pertama dari kalangan lima liga utama Eropah yang menyambung semula aksinya.

Sancho dan Akanji diberikan lima hari untuk mengemukakan rayuan di atas hukuman tersebut.

Pengarah Borussia Dortmund, Michael Zorc memberikan komen di atas perkara itu: “Kami bukan nak menyokong lawatan oleh tukang gunting ke rumah pemain. Kami cuma mahu menjelaskan keadaan.”

“Ianya sangat penting untuk mengikuti garis panduan kesihatan yang telah ditetapkan. Satu satunya pelanggaran dilakukan oleh pemain kami adalah tidak memakaki topeng.”

Sebaik sahaja DFL mengumumkan tentang denda itu, Sancho terus memuat naik tweet: “Absolute Joke DFL!”

Sancho kini sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Sancho yang merupakan bekas pemain remaja Man City, kini dikaitkan dengan jiran sebandar iaitu Man United.

Beliau sudah memberikan bayangan bahawa mahukan cabaran baharu di dalam kariernya. United sebelum ini sudah cuba mendapatkan Sancho, namun terhalang kerana permintaan harga yang terlalu tinggi.

Baca juga perkembangan lain dari eropah

EPL Janji Pertimbangkan Tuntutan Tunang Kashoggi Untuk Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle

Diego Costa Didenda RM2.63 Juta Kerana Penipuan Cukai

Spurs Pinjam RM941 Juta Dari Bank Of England Untuk Atasi Kerugian RM1.1 Billion