Manchester United sekali lagi memburuh Jadon Sancho. Pada pra musim yang lalu, United sudah bersetuju dengan terma peribadi dengan Sancho. Namun United gagal mendapatkan pemain itu kerana Dortmund berkeras meminta €120 juta untuk pemain tersebut.

Kisah dia kali ini hampir sama dengan apa yang berlaku sebelum ini. Baru baru ini Borussia Dortmund mengumumkan mereka mengurangkan harga Sancho kepada €90 juta. Dan berkeras tidak akan menerima sebarang bidaan walaupun sesen lebih rendah.

Jadon Sancho sudah berunding dengan Manchester United. Dan dilaporkan United membentangkan tawaran peribadi seperti yang mereka tawarkan musim lalu dengan gaji €408 ribu(£350,00) semiggu serta pakej tambahan lain.

Tetapi United membida dengan nilai sekitar €78 juta sahaja (£67). Dan ianya ditolak terus oleh Borussia Dortmund.

Dortmund malah meminta klausa bonus €5 juta lagi dan harus dibayar dalam tempoh segera.

Rundingan di antara dua kelab masih aktif dan dijangka United akan datang dengan tawaran baharu.

Sancho menjadi sasaran utama Ole Gunnar Solskjaer sejak hari pertama beliau tiba di United lagi. Kerana Solskjaer mahukan penyerang sayap kanan yang berkualiti. Dengan Marcus Rashford boleh bermain di sayap kiri ataupun no.9.

Selain daripada Sancho, Borussia Dortmund juga sedang berhadapan dengan minat dari Chelsea untuk Erling Haaland.

Chelsea harus membayar sekitar £160 juta jika mahukan Haaland sekarang. Namun jika Chelsea bersabar untuk semusim lagi, Haaland ada klausa pelepasan sekitara £75 juta.

Baca juga artikel

Stuttgart Sahkan Pemenang ‘Rookie Of The Year’ Bundesliga Guna Nama & Umur Dipalsukan Ejennya

Giroud Tuduh Mbappe Tak Nak Hantar Bola Kepadanya, Deschamps Mahu Pemain Cari Penyelesaian Sendiri

Bielsa Buat Kejutan, Latih Pelajar Akademi B-11 Bermain ‘Murderball’, DNA Taktikal Leeds Yang Intensif