Setelah dikaitkan dengan Jadon Sancho selama bertahun-tahun, Manchester United akhirnya berjaya mendapatkan Sancho pada musim panas kali ini dan membawa pemain antarabangsa England itu ke Old Trafford.

Sancho menjadi bakat rebutan banyak kelab besar ketika menunjukkan prestasi luar biasanya bersama dengan Borussia Dortmund.

Sancho secara konsisten telah menjadi penyumbang gol dan assist untuk skuad Borussia Dortmund.

Prestasi tersebut jugalah membuatkan Sancho menjadi pemain yang terus dipanggil oleh Gareth Southgate untuk memperkuatkan pasukan kebangsaaan England.

Sancho kemudian memutuskan untuk menyertai Manchester United. Pasukan seteru kepada Manchester City, yang merupakan kelab yang menjadi tempat beliau berkarier sebagai pemain akademi.

Man United membayar £73 juta untuk mendapatkan Sancho.

Sancho kini dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di dalam pasukan Manchester United. Sudah tentunya beliau tiada masalah untuk kehidupan di bandar Manchester.

Namun perkembangan terbaru yang kurang menyenangkan hadir dari kem England. Ini selepas Sancho dilaporkan terpaksa disisihkan dan dihantar pulang awal ke kelabnya, kerana mengalami masalah kecederaan ketika latihan bersama Three Lions.

Kecederaan itu tidak serius dan Sancho masih berharap bahawa beliau akan cergas sepenuhnya menjelang aksi menentang Newcastle – yang berpotensi menjadi aksi debut kedua Cristiano Ronaldo.

Sancho musim ini masih belum berjaya menetapkan dirinya sebagai pemain kesebelasan utama pasukan barunya itu.

Ole Gunnar Solskjaer tidak mahu terburu buru untuk terus memberikan tempat secara automatik kepada pemain itu sebagai pemain kesebelasan utama.

Namun Solskjaer sebelum ini sudah memberitahu bahawa beliau mahu mendapatkan Sancho kerana yakin kualiti pemain itu akan menjadi aspek penting yang diperlukan Manchester United.

Baca juga artikel

RASMI: Premier League Benarkan United Daftarkan Ronaldo No.7, Cavani Tukar Ke No.21

Jurulatih Maghribi Kecewa Ziyech Menipu: “Ini Pasukan Kebangsaan Bukan Penjara”

Mourinho: “Cucuklah Vaksin Tu Granit Dan Berjaga Jagalah”