Jadon Sancho mengatakan bahawa berita perpindahannya ke kelab Liga Perdana Inggeris – Man United – hanyalah mainan media semata mata.

Bintang Borussia Dortmund Jadon Sancho juga menyatakan bahawa beliau telah mengabaikan spekulasi tentang masa depannya yang sebelum ini dikaitkan dengan minat dari Manchester United.

Bercakap kepada SoccerBible, Sancho berkata:

“Tidak, itu kerana ia hanya mainan media. Mereka akan selalu mencuba dan membuat cerita, tapi begitulah cara anda menguruskannya,” katanya.

“Bagi saya, saya hanya fokus pada bola sepak. Saya hanya mahu melakukan yang terbaik untuk pasukan saya dan memenangi piala.”

Sancho telah menjadi sasaran utama perpindahan Ole Gunnar Solskjaer pada musim panas ini.

Namun, Manchester United masih gagal mencapai kesepakatan dengan Dortmund, yang mahukan bayaran £100 juta untuk pemain itu.

Sancho mungkin menyatakan ia hanya mainan media.

Namun pihak Borussia Dortmund, menerusi CEO mereka, Hans Joachim Watzke dengan terbuka menyatakan Man United harus membida dan menyelesaikan perpindahan Sancho sebelum pra musim pasukan mereka.

Dortmund dan Sancho kemudian mengesahkan bahawa mereka akan kekal bergabung sekurang kurangnya untuk semusim lagi.

United masih dikatakan berminat dengan Jadon Sancho. Jendela perpindahan kali ini akan ditutup pada 5 Oktober.

Manchester United hanya merekrut seorang pemain di jendela perpindahan musim panas kali ini, iaitu Donny van de Beek dari Ajax.

Setelah menyelesaikan perpindahan Van de Beek, Solskjaer juga berharap CEP Man United, Ed Woodward, dapat memasukkan beberapa nama lain dalam senarai dibawa masuk.

https://twitter.com/RedDevilBible/status/1301770943073845248?s=19

Jadon Sancho Dan Thiago Alcantara antara nama di dalam senarai itu. Namun baru baru ini Alcantara menyatakan dia gembira di Bayern Munich.

Baca juga perkembangan lain

UNL: Tanpa Ronaldo, Crotia Tetap Lunyai Di Tangan Portugal

RASMI: Kai Havertz Milik Chelsea, Perubahan Sistem Dijangka Berlaku

Messi Sedia U-Turn Dan Terus Kekal, Bartomeu Malah Tawarkan Kontrak Baharu