Pasukan Pulau Pinang memulakan langkah untuk mempersiapkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan dengan menandatangani bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim berdarah kacukan England-Malaysia, Samuel Somerville.

Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana beliau dikhabarkan menandatangani kontrak selama setahun bersama skuad Harimau Kumbang.

Somerville mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada musim 2015 dimana JDT membawa masuk beliau di samping pemain kacukan yang lain seperti Curran Ferns, Stuart Wark, Nick Swirad, Kevin Gunter dan Daniel Ting.

Selama empat musim, Samuel Somerville banyak beraksi untuk Johor Darul Ta’zim II dalam saingan Liga Perdana dan beliau berjaya menghadiahkan trofi Piala Cabaran 2019 sebelum meninggalkan pasukan dimana JDT II menewaskan UKM FC di pentas akhir.

Samuel Somerville
Sumber Gambar: Twitter Samuel Somerville

Somerville menjadi salah satu daripada 16 pemain yang dilepaskan oleh JDT II bagi memberikan laluan kepada pemain muda yang lain untuk beraksi bersama pasukan pembangunan juara Liga Super musim 2019 itu.

Lebih ramai pemain JDT II khususnya pemain yang telah melebihi usia 28 tahun akan mengikut jejak langkah Somerville dengan berhijrah ke pasukan lain musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai perpindahan pemain Liga Malaysia di sini:

Hadin Azman Berpisah Dengan Felda United

Kpah Sherman Dan Kipre Tchetche Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Kedah

Aleksandar Rakić Hampir Pasti Sertai Pasukan Gergasi Lembah Klang