Kurang seminggu lagi, Bundesliga akan disambung semula pada 16 Mei 2020.

Namun kini, Bundesliga berdepan dengan masalah apabila satu skuad Dynamo Dresden diarahkan untuk mengkuaranti semua pemain dan jurulatih mereka.

Ini selepas dua pemain mereka disahkan positif koronavirus.

Di bawah garis panduan perubatan, kesemua pemain dan jurulatih perlu dikuarantin selama dua minggu.

Sedangkan perlawanan 2. Bundesliga (div 2 Jerman) melibatkan Dresden melawan Hannover 96 dijadualkan pada Ahad.

Dynamo Dresden dalam kenyataan mereka berkata: “Faktanya, kami tak boleh berlatih ataupun bermain langsung dalam masa 14 hari.”

Hannover 96 memberikan sokongan moral kepada Dynamo Dresden dengan mendoakan kesemua pemain dan staf mereka akan segera sembuh.

Minggu lalu, Bundesliga mengumumkan dua liga divisyen utama mereka akan bersambung semula pada Sabtu 16 Mei ini dan akan menamatkan saingan pada 28 Jun.

Bundesliga akan menjadi liga pertama dari kalangan liga utama Eropah untuk menyambung semula aksi ketika penularan wabak koronavirus.

Para pemain dan jurulatih diarahkan untuk melakukan ujian kesihatan berkala.

Tetapi dalam situasi semasa, Dresden yang berada di tangga tercorot 2. Bundesliga menjadi kelab pertama yang tidak dapat komited untuk hari perlawanan pertama sambungan liga.

Bundesliga terpaksa menunda aksi mereka. Dresden menyatakan mereka sudah mengikuti segala garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Dan akan cuba berhubung dengan DFL berkaitan perkara ini.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Bundesliga Sudah Sedia Kembali Beraksi 15 Mei

La Liga Sudah Tetapkan Tarikh Sambung Semula Liga 20 Jun Ini

‘Saya Akhirnya Sembuh’