Kumpulan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Boys Of Strait (BOS) menerima kecaman daripada ramai pihak setelah tidak mengendahkan amaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tidak berkumpul bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19.

Akan tetapi, BOS bukan sahaja satu-satunya kumpulan penyokong yang hadir ke stadium bagi memberikan sokongan dimana segelintir penyokong pasukan Kuala Lumpur datang ke Stadium Sarawak pada pertembungan skuad ibu kota menentang Sarawak United dalam saingan Liga Perdana, Sabtu lalu.

https://twitter.com/TheNayoun14/status/1239035470824292352

Meskipun bilangan peminat hanya 6 orang sahaja dan bukannya puluhan ribu seperti yang dilakukan oleh BOS, namun perkara ini tetap mendapat kritikan kerana kesihatan penyokong sendiri dan juga pemain serta pegawai harus menjadi keutamaan, lebih utama dari sukan bola sepak itu sendiri.

Bermula hari ini, semua perlawanan dibawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ditunda sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Langkah ini diambil berikutan penularan wabak COVID-19 dan FAM serta MFL mahu memastikan peminat serta pemain tidak dijangkiti oleh wabak terbabit.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Datuk Ab Ghani Hassan Nasihatkan Penyokong Tidak Berkumpul Di Luar Stadium

B.Satianathan Akui Kekalahan Kepada Kedah Merupakan Kesalahan Sendiri

Aidil Sharin:”Saya Lakukan Perubahan Kerana Mahu Menggunakan Shakir Hamzah Buat Serangan Disebelah Kiri”