William Saliba mengejutkan ramai pihak apabila pemain muda itu dengan terbuka mengkritik pengurusan Mikel Arteta.

William Saliba antara bakat yang diraikan ketika diumumkan oleh Arsenal musim lalu. Beliau ketika itu dipinjamkan terus ke St Etienne.

Namun musim ini, beliau tidak mendapat tempat dalam pasukan Arsenal. Beliau didaftarkan dalam pasukan pembangunan.

Beliau cuma sempat beraksi dalam perlawanan pra musim bersama dengan skuad senior.

Ia mengejutkan ramai. Kerana Saliba antara nama yang kuat ketika di Ligue 1. Seterusnya, Saliba dihantar secara pinjaman ke Nice pada Januari.

Saliba kemudian menyerang Arteta menerusi media dan menyatakan kekecewaannya terhadap corak pengurusan Mikel Arteta. Menuduh Arteta sebagai menilainya hanya dalam dua setengah perlawanan.

Saliba menegaskan, pertukaran pengurus daripada Unai Emery kepada Mikel Arteta merupakan faktor yang besar dalam mengubah kedudukannya di Arsenal.

Bercakap kepada RMC, Saliba berkata: “Apabila saya melihat pengurus bertukar ganti, ia memberikan kesan yang besar kepada saya.”

“Jelas sekali, banyak perkara berubah tahun lalu.”

“Tahun ini, pun banyak perkara yang berubah. Dia [Arteta] menilai saya hanya dalam dua setengah perlawanan. Saya memang mahu dia memberikan saya peluang bermain lebih banyak.”

“Tapi dia memberitahu saya bahawa saya masih belum cukup bersedia.”

Kenyataan terbaru Saliba ini benar benar mengejutkan. Sudah menjadi kebiasaan ada pemain dan pengurus tidak sehaluan. Namun untuk seorang pemain muda mengkritik pengurusnya ketika masih dalam tempoh pinjaman di kelab lain, ianya berani.

Malah ada peminat yang merasakan Saliba sebenarnya secara tak sengaja menunjukkan sikap sebenar beliau di pusat latihan yang membuatkan Arteta tidak menyenaraikannya dalam pasukan.

Walaubagaimanapun, ada juga peminat yang memahami kepasrahan Saliba dengan layanan yang beliau terima dari Arteta.

Baca juga perkembangan lain

Alaba Mahu £400k Seminggu Dari Chelsea

Serie A: Ibrahimovic Bantu Lonjak Milan 2 Mata Di Puncak Liga

Martinez Balas Balik Tuduhan Lacazette Di Twitter