Mohamed Salah dilaporkan tidak berminat untuk menerima tawaran daripada Liverpool. Walaupun keutamaan Mohamed Salah ketika ini adalah untuk terus kekal di Liverpool.

Liverpool dan Mohamed Salah masih gagal mencapai kesepakatan kontrak baharu. Beberapa bulan lalu terdapat laporan menyatakan bahawa Mohamed Salah mahukan tawaran gaji sehingga £500k seminggu di Anfield.

Fabrizio Romano melaporkan: :”Salah dan ejennya masih tidak menunjukkan minat untuk menerima bidaan kontrak baharu daripada Liverpool.”

“Rundingan telah gagal sejak Disember [tahun lalu], buat masa ini.”

“Keutamaan Mohamed Salah adalah untuk kekal – tetapi bukan dengan syarat yang ada pada tawaran sekarang.”

“Sama sama kita nantikan langkah seterusnya daripada Liverpool.”

Mohamed Salah telah menjadi pemain penting Liverpool sejak menyertai kelab tersebut dari AS Roma.

Klopp menyatakan bahawa beliau kekal tenang tentang situasi kontrak Mohamed Salah. Di mana menurutnya, Mohamed Salah setakat ini masih belum menandatangani kontrak baharu namun pada masa yang sama masih belum menolak tawaran tersebut.

Klopp berkata: “Soalan tentang Mo [Salah], segalanya baik baik sahaja, Mo sememangnya memberikan segalanya untuk kelab ini.”

“Saya faham tentang soalan berkaitan kontrak. Namun kelab sedang berunding dengan semua ejen dan semua orang, itulah bagaimana ianya berlaku.”

“Mo sememangnya mengharapkan agar kelab ini bercita cita tinggi. Kami sekarang dalam beberapa tahun terakhir. Sudah tentu kami tidak boleh melakukan lebih banyak dalam perbincangan itu. Begitulah situasinya. Ianya keputusan di tangan Mo.”

“Pada pandangan saya, ianya baik baik sahaja. Tiada apa lagi yang berlaku, tiada tandatangan, tiada penolakan. Kami hanya perlu menunggu dan ianya benar benar baik baik sahaja.”

Selepas kenyataan daripada Jurgen Klopp itu, ejen kepada Mohamed Salah memuat naik tweet dengan emoji gelak. Ramai yang merasakan ianya ditujukan kepada Jurgen Klopp.

Mohamed Salah sudah memenangi UCL dan EPL serta Piala Liga bersama dengan Liverpool. Beliau juga terus menjadi pencetak gol utama untuk The Reds.

Musim ini Mohamed Salah terus menjadi mesin gol untuk Liverpoo.