Bintang Liverpool, Mohamed Salah menyatakan bahawa aksi di antara Liverpool dan Man United adalah perlawanan yang istimewa.

Manchester United bertandang ke Anfield sebagai pasukan peneraju liga, sementara Liverpool pula pasukan di tangga kedua.

Mohamed Salah menyatakan bahawa perlawanan ini sangat penting untuk mengembalikan Liverpool ke landasan yang betul.

Salah berkata: “Perlawanan ini sangat besar pada masa ini, terutama sekarang ketika mereka berada di tangga teratas dan kami berada di tangga kedua.”

“Mereka bermain dengan baik musim ini. Ini adalah permainan yang bagus, tetapi pada akhirnya kami perlu memenangi perlawanan. Saya rasa itu adalah perkara yang paling penting.”

“Saya selalu mengatakan ini hanya satu perlawanan, hanya satu perlawanan. Namun, kerana faktor ini, jika mereka menang, mereka akan berada di atas enam mata (mengatasi Liverpool) dan jika kami memenanginya, kami akan sama mata.”

“Oleh sebab itu perlawanan ini agak istimewa.”

Liverpool berdepan dengan krisis prestasi dalam 3 perlawanan terakhir. Di mana The Reds hanya mampu seri dengan West Bromwich Albion dan Newcastle United, dan tewas di tangan Southampton.

Salah menyatakan bahawa beliau sangat mahu bangkit daripada keputusan tidak memuaskan tersebut.

Misi utama mereka untuk menghidupkan kembali The Reds -dan ianya akan bermula di halaman mereka sendiri berdepan Manchester United.

“Di kompleks latihan, Anda dapat merasakan bagaimana para pemain fokus pada perlawanan iuni, bagaimana mereka saling mendorong satu sama lain untuk memenangi perlawanan ini,” kata Salah.

“Kami juga kehilangan mata dalam dua perlawanan terakhir, jadi kami harus kembali ke landasan yang betul. Kami harus terus berada di landasan yang betul untuk memenangi permainan sehingga kami dapat memperjuangkan gelaran Liga Perdana,” tambah pemain dari Mesir itu.

Baca juga perkembangan lain

Klopp Nafi Tiru Sir Alex Ferguson

Ole Yakin Boleh Kejutkan Liverpool Di Anfield

Clattenburg: ‘Klopp Hipokrit Persoal Penalti United’