PSG dilaporkan sedang membincangkan potensi untuk membawa masuk Mohamed Salah ke kelab mereka jika Kylian Mbappe meninggalkan kelab tersebut.

Masa depan Kylian Mbappe di PSG masih belum terjawab, kerana pemain tersebut masih belum melanjutkan kontraknya. Malah laporan dari Perancis baru baru ini menyatakan bahawa Mbappe sudah memberitahu pengurusan PSG bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontraknya.

Pemergian Mbappe bukan sesuatu yang mudah diterima PSG. Kontrak semasa pemain itu masih ada sehingga 2022. Dan PSG sudah beberapa kali mengemukakan tawaran kepada Mbappe, tetapi buat masa ini, kesemuanya gagal disepakati kedua dua pihak.

Oleh itu, PSG merasakan bahawa superstar Liverpool, Mohamed Salah adalah calon terbaik untuk menngantikan Kylian Mbappe.

Mohamed Salah terus membuktikan beliau penyerang sayap yang produktif. Walaupun Liverpool bergelut dengan prestasi musim ini, namun Mohamed Salah terus bersinar dari segi individu.

Agak menarik juga kerana Liverpool turut menjadi antara kelab yang dikaitkan dengan Kylian Mbappe. Mungkinkah kedua dua kelab boleh mempertimbangkan ‘straight swap’?

Buat masa ini, nama yang paling kuat dikaitkan dengan Mbappe adalah Real Madrid.

Zinedine Zidane gagal mendapatkan yang terbaik daripada Eden Hazard. Dan sudah bersedia untuk mendapatkan Mbappe sebagai penyerang sayap baharu pasukannya.

Mbappe menjadi pemain elit berkelas dunia pada usianya yang sangat muda. Beliau turut berjaya membantu negaranya menjuarai Piala Dunia yang lalu, sebagai pemain pilihan utama.

Baca juga artikel:

Solskjaer Tuduh Son Penipu, Mourinho Anggap Son Bertuah Kerana Tidak Berbapakan Ole

La Liga: Real Madrid Menang El Clasico Kali Ketiga Berturut Turut

EPL: Leeds Menang Dengan 10 Pemain Dan Cuma 2 Percubaan Sahaja