Mohamed Salah berharap beliau akan dapat menenangi trofi terbesar dalam kariernya iaitu piala untuk negaranya. Walaupun sudah menenangi UCL dan EPL bersama Liverpool, Mohamed Salah menyatakan bahawa trofi untuk skuad kebangsaan sentiasa di atas segalanya.

Mohamed Salah menegaskan bahawa beliau benar benar mahu menghadiahkan sesuatu buat negara yang beliau sayangi selepas memenangi banyak sekali anugerah individu dalam kariernya.

Salah menjadi wira negaranya ketika menjaringkan penalti kemenangan yang membawa Mesir ke suku akhir menewaskan salah satu lagi pasukan pilihan iaitu Ivory Coast. Di mana Mesir menang 5-4 dalam penentuan penalti – Eric Bailly satu satunya pemain gagal dalam tugasan tersebut. Aksi 120 minit berakhir 0-0 dalam aksi malam semalam.

Mesir kini akan berdepan dengan Maghribi dalam aksi suku akhir. Mohamed Salah mahu pasukannya mengatasi pencapaian mereka pada 2017. Di mana ketika itu mereka mara ke final dan dikalahkan oleh pasukan tuan rumah edisi kali ini iaitu Cameroon.

Salah berkata: “Sudah tentu saya mahu memenangi sesuatu bersama pasukan kebangsaan. Ini adalah negara saya, yang paling saya cintai.”

“Trofi ini bagi saya akan berbeza sama sekali, akan menjadi yang paling dekat di hati saya.”

“Kami sebelum ini sangat hampir untuk memenangi Piala Afrika ini, kami memberikan segala-galanya tetapi kami tidak bernasib baik untuk memenanginya.”

“Tetapi tidak mengapa, sekarang kita berada di sini dalam edisi yang baharu. Kami perlu berjuang untuknya, kami perlu memberikan segala-galanya untuk memenanginya dan saya pasti pemain mempunyai perasaan yang sama.

“Jadi diharapkan kami hanya perlu fokus pada perlawanan seterusnya.”

Carlos Queiroz menyatakan bahawa kejayaan mereka menewaskan Ivory Coast adalah hasil daripada kerja keras semua pemain.

“Ia bergantung kepada kerja keras kami,” kata jurulatih Mesir, Carlos Queiroz.

“Kami telah membuat persediaan yang sangat baik sejak perlawanan terakhir kami. Kami mengulangi apa yang kami lakukan semasa latihan.

“Kami berada di ruang tertentu dan merantai penyerang lawan. Tumpuan dan menghormati perancangan permainan. Kami adalah pasukan terbaik dalam perlawanan ini, kami mempunyai beberapa peluang terbaik.”