Pasukan bola sepak Kemboja mungkin tidak banyak yang boleh diperkatakan samada perkara di dalam atau luar padang untuk kebanyakan orang. Namun, mereka dalam diam sedang merancang pelbagai rencana membina skuad bola sepak yang akan mencabar mana-mana pasukan Asia Tenggara tidak lama lagi..

Bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Kemboja diletakkan dalam kumpulan C bersama-sama Bahrain, Iran, Iraq dan juga Hong Kong.

Honda Keisuke

Terkini, selepas tamat 2 perlawanan pertama Kemboja berjaya mengutip 1 mata hasil seri bertemu Hong Kong minggu lepas. Pada perlawanan kedua, mereka mengekang hebat Bahrain walaupun tewas tipis 0-1 di tempat sendiri.

Paling menarik adalah mengenai bagaimana ketua jurulatih mereka, Honda Keisuke ‘meracun’ pemain-pemain Kemboja untuk berani bermain bola sepak dan semangat melawan yang perlu ada dalam diri ketika beraksi.

Honda keisuke

Saksikan 2 video bagaimana Honda Keisuke merasuk pemain-pemain Kemboja dibawah;

  1. Video dalam sesi bersama pemain ketika membuat persiapan perlawanan bertemu Bahrain.

2. Video sejurus tamat perlawanan bertemu Bahrain.

Antara ungkapan ‘maut’ beliau kepada pemain-pemain Kemboja adalah;

“Saya tidak bercakap mengenai kualiti. Saya bercakap mengenai disini (jiwa). Jangan takut dengan mereka.”

You are the dream of them!

Baca artikel lain berkaitan bagaimana Jepun membantu bola sepak Kemboja.

4 Orang Jepun Ini Sedang Giat Membantu Menaikkan Kualiti Bola Sepak Kemboja

Keisuke Honda, Pemain Yang ‘Ditendang’ Gamba Osaka Cipta Rekod Untuk Jepun

Pemain Melbourne Victory FC, Honda Keisuke Ketua Jurulatih Baru Skuad Kebangsaan Kemboja?

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group