Zlatan Ibrahimovic sekali lagi menjaringkan gol dengan gaya tersendiri ketika perlawanan diantara LA Galaxy bertemu Toronto FC dalam saingan MLS hari ini.

Pada minit ke 43, ketika LA Galaxy ketinggalan 3 gol kepada Toronto FC, Ibrahimovic yang menerima hantaran dari Jonathan Dos Santos melakukan satu sepakan mirip ‘sebatan ekor pari’ menerjah gol dan hanya mampu dilihat sahaja oleh penjaga gol.

Gol itu juga merupakan gol ke 500 Ibrahimovic sepanjang karier beliau diperingkat kelab dan juga antarabangsa.

Jaringan unik itu juga telah berjaya memberikan inspirasi kepada pemain-pemain LA Galaxy untuk terus mengejar lawan dan mereka berjaya melakukannya apabila mampu mengikat lawan pada kedudukan 3-3. Ola Kamara dan Rolf Feltscher berjaya menjaringkan 2 gol dalam tempoh 4 minit untuk kedudukan tersebut.

Saksikan gol ‘libasan ekor pari’ Ibrahimovic, menyambut gol ke 500 beliau sepanjang karier bola sepak beliau.

Namun begitu, Toronto FC berjaya menjaringkan 2 gol lagi pada minit ke 75 dan 90+4 untuk mengutip 3 mata penuh tamat perlawanan.