Timo Werner meneruskan aksi cemerlangnya dalam kempen Bundesliga. Timo Werner menjaringkan gol pertamanya sejak Bundesliga kembali dari rehat dua bulan lalu kerana koronavirus ketika RB Leipzig mengalahkan Mainz.

Penyerang antarabangsa Jerman berusia 24 tahun itu menambahkan lagi koleksi gol beliau musim ini menjadikannya 30 gol – dengan hatrik yang luar biasa ketika pasukannya menang 5-0.

Dua lagi gol Leipzig adalah menerusi Sabitzer dan Yussuf Poulsen.

Sekaligus membantu Leipzig menduduki tempat ketiga dalam carta liga.

Leipzig masih dalam landasan persaingan kejuaraan pada musim ini. Namun ianya misi agak sukar kerana 7 mata di belakang Bayern.

Werner telah menghukum Mainz sekali lagi. Werner menjaringkan tiga gol dan membuat tiga assist ketika Leipzig mengalahkan Mainz 8-0 pada November untuk mencatat kemenangan terbesar mereka di Bundesliga.

Namun satu detik yang agak mencuit hati apabila Timo Werner kelihatan cuak apabila rakannya lupa akan social distancing ketika meraikan gol mereka.

Saksikan detik itu di sini:

https://twitter.com/i/status/1264569285441191937

Baca juga perkembangan lain

Courtois Klaim Jadi Antara Punca Hazard Ke Real Madrid

Statistik Luar Biasa Kai Havertz Pada Tahun Ini

Bayern 5 Frankfurt 2: Hatrik Tak Diingini Tercipta