Insiden kekecohan penyokong di Stadium Gelora Bung Karno ketika perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 masih menjadi bualan peminat khususnya di kalangan peminat bola sepak tanah air.

Video dan juga gambar yang menunjukkan sekumpulan penyokong skuad Garuda menyerang, membaling objek, membaling suar serta merampas bendera yang dibawa oleh penyokong Malaysia ketika ini sedang berlegar di laman media sosial.

Yang terbaru, kami menerima satu video menunjukkan penyokong Indonesia mengisi satu botol kosong dengan AIR KENCING mereka dan kemudiannya membaling botol berisi air kecing itu ke arah tempat duduk penyokong pasukan lawan. Anda boleh saksikan video tersebut di bawah.

Melihat kepada video di atas, sudah terang lagi bersuluh penyokong tuan rumah telah mengancam keselamatan penyokong pasukan lawan dan perkara ini tidak boleh dibiarkan. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Indonesia.

Kedua-dua badan itu tidak boleh berdiam diri kerana insiden semalam bukanlah kali pertama berlaku apabila Malaysia bertandang ke Indonesia. Hukuman berat perlu dikenakan agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Anda boleh membaca insiden lain yang melibatkan kekecohan penyokong pada perlawanan Malaysia menentang Indonesia pada semalam di sini:

Dua Penyokong Malaysia Cedera Setelah Diserang Penyokong Indonesia

Pihak Keselamatan GBK Gagal, Jaminan PSSI Tidak Boleh Digunapakai

Insiden Balingan Objek Kearah Penyokong Malaysia Sehingga Perlawanan Dihentikan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group