Pemain remaja Arsenal, Bukayo Saka menjaringkan gol senior pertamanya untuk England dalam kemenangan tipis Tiga Singa ke atas Austria – dalam aksi pemanas badan sebelum Euro 2020.

Southgate masih belum menerima skuad penuhnya. Kerana pemain pemain dari Man City dan Chelsea masih belum tiba selepas aksi final UCL tempoh hari.

Selepas separuh masa pertama yang buntu, akhirnya 7,000 penyokong England bersorak meraikan gol Saka pada minit ke-56.

Namun berita kurang enak untuk England pastinya kecederaan Trent Alexander-Arnold. Di mana pemain tersebut terhincut hincut keluar padang kerana kecederaan hamstring.

Trent Alexander Arnold beraksi baik dalam perlawanan ini dan mencipta beberapa link up dengan Harry Kane.

Gareth Southgate menggambarkan bahawa keadaan Trent Alexander Arnold sebagai kurang bagus.

“Ianya bukan petanda yang bagus, melihat dia terpaksa keluar dalam keadaan sebegitu. Namun kita akan tahu selengkapnya keadaan sebenar beliau selepas 24-48 jam.”

Southgate menyatakan beliau akan menentukan sama ada Trent akan dibawa ke skuad Euro yang akan mula beraksi minggu hadapan selepas ujian ke atasnya dilakukan.

Satu lagi perkara yang merisaukan adalah Jack Grealish yang dilihat menggunakan ais untuk mengurangkan kesakitan pada kakinya. Tetapi Grealish sendiri menyatakan bahawa beliau hanya berjaga jaga dan tidak ada kecederaan serius berlaku.

Jack Grealish menjadi nadi utama England dalam aksi kali ini. Dan mendapat pujian daripada peminat serta pundit.

Sebelum ini Gareth Southgate yakin skuadnya akan mara ke sefinal Euro 2020 sekaligus mara ke final untuk merampas kejuaraan tersebut dari Portugal.

Keyakinan tersebut dilaungkan Southgate selepas mereka terkandas dalam 2 semifinal – Piala Dunia dan Liga Bangsa Eropah.

Menurut Southgate lagi, jika mereka gagal mara ke separuh akhir, maka kempen mereka kali ini dianggap gagal.

Baca juga artikel

TERKINI: Spurs Berunding Dengan Conte, Topik Termasuk Kontrak Dan Dana Perpindahan Pemain

Nike Tuduh Pihak Neymar Menipu, Sebaliknya Kontrak Berakhir Kerana Skandal Perlecehan Seksual

74% Peminat EPL Tak Suka VAR, Presiden FIFA Tetap Cakap Ianya Sistem Terbaik