Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengambil keputusan untuk menunda keempat-empat saingan liga domestik berikutan penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda negara itu.

Keputusan tersebut diambil oleh FAT setelah kerajaan Thailand mengumumkan situasi darurat yang akan mula dijalankan pada 30 April ini.

Saingan

Sumber Gambar: BG Pathum United

Pada mulanya, FAT menunda saingan liga domestik sehingga 18 April ini. Namun, peningkatan kes serta penyebaran yang sukar dikawal menyebabkan badan induk bola sepak negara itu sekali lagi membuat penundaan kepada satu tarikh baharu.

Meskipun ditangguh kepada satu tarikh baharu, persatuan itu yakin saingan Piala FA dan Piala Liga akan dijalankan seperti yang dirancang sebelum ini.

Saingan

Sumber Gambar: Police Tero FC

Saingan Thai League 1 dijadualkan berakhir pada 24 Oktober manakala saingan Thai League 2 akan berakhir lebih awal.

Pada masa yang sama, FAT dan pihak Thai League tidak menolak kemungkinan mereka akan terus menunda saingan liga jika penularan wabak COVID-19 ini masih belum dapat dikawal sepenuhnya.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League di sini:

Thai League Anjurkan Kejohanan PES Untuk Peminat, Siarkan Perlawanan Secara LIVE Streaming Di Facebook

EKSKLUSIF: Zafuan Azeman Kongsi Perkembangan Beraksi Dalam Saingan Thai League 3

Thai League Jadi Destinasi Pilihan 26 Pemain Dari ASEAN, 33.3% Daripadanya Adalah Pemain Dari Filipina

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group