Saingan Thai League terpaksa ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang bakal diberitahu kelak setelah situasi pandemik COVID-19 di negara itu yang menunjukkan trend peningkatan.

Badan pengendalian COVID-19 Thailand baru-baru ini menasihatkan kesemua negeri di negara itu agar menutup tempat dan beberapa jenis perniagaan yang dianggap mampu untuk menjadi penyebab munculnya kluster baharu COVID-19.

Antara tempat yang dinasihatkan untuk ditutup ialah stadium dan perkara ini memberi kesan kepada saingan bola sepak domestik kerana ketiadaan stadium untuk menjalankan perlawanan bola sepak.

Pengelola liga, Thai League Co Ltd menyambut baik nasihat yang diberikan oleh badan pengendali COVID-19 Thailand dan mereka mengambil keputusan untuk menangguhkan semua saingan liga domestik sehingga satu tarikh yang bakal diberitahu kelak.

Sebelum ini, saingan Thai League yang sepatutnya bermula pada 31 Julai ini ditangguhkan dan tarikh 13 Ogos dipilih sebagai tarikh baharu untuk saingan tersebut dibuka secara rasmi.

Akn tetapi, kes harian COVID-19 di Thailand yang berada di tahap tinggi dimana pada hari Rabu, kes harian negara jiran itu berjumlah 13,002 kes, melebihi kes harian di Malaysia iaitu 11,985.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Format Baharu Akan Digunakan Dalam Saingan Piala Suzuki AFF 2020

Qatar Layak Ke Peringkat Suku Akhir CONCACAF Gold Cup 2021

Skuad Harimau Malaya Dikaitkan Dengan Perlawanan Persahabatan Berdepan Palestin Bulan September Nanti