Tiga pasukan Liga Super iaitu Pahang, Selangor dan Kedah menepati ramalan apabila mengiringi JDT melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2019 selepas menewaskan lawan masing-masing malam tadi.

Skuad tok gajah dilihat tiada masalah untuk menewaskan Melaka United, 3-1 (Aggregat 6-1) menerusi Lazarus Kaimbi dan dua jaringan Dickson Nwakaeme di Stadium Darul makmur manakala Selangor bangkit daripada ketinggalan 0-1 di Ipoh lalu memadam kelebihan jaringan Perak dengan aggregat 3-2.

Di Alor Star, Kedah mempamerkan corak permainan berkualiti untuk menewaskan PKNP FC dengan aggregat 6-2 dan kini meneruskan perjuangan memburu gelaran juara Piala Malaysia 2019 selepas merangkul Piala FA bulan lalu.

72085470_2765507873481672_1655216211887128576_n

FOTO: FA Kedah

Separuh akhir Piala Malaysia musim ini menjanjikan saingan yang sengit kerana 4 pasukan yang telah mara ke peringkat ini terdiri daripada 4 pasukan yang menghuni kedudukan teratas Liga Super 2019.

Juara Liga Super, JDT akan membuat penghitungan dengan Selangor manakala naib juara Liga Super, Pahang dijadualkan bertemu Kedah.

Bagaimanapun, tarikh perlawanan separuh akhir pertama dan kedua masih belum diumumkan secara rasmi dan akan berlangsung selepas berakhirnya minggu perlawanan antarabangsa pada bulan Oktober depan.

EFpC1OpUUAAqBNp

Justeru itu, tempoh rehat selama hampir tiga minggu akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap pasukan untuk membuat persiapan termasuk memberi ruang kepada pemain yang cedera kembali sembuh.

“Pahang adalah pasukan hebat, kedua terbaik dalam Liga Super 2019. Mereka mempunyai pemain tempatan, import dan jurulatih yang berkualiti.

“Bagi aksi separuh akhir pertama ini, kita kena dapatkan keputusan baik dulu di laman sendiri dan diakui bukan satu tugas mudah dan kami perlu bekerja keras,”kata jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak dalam Sinar Harian.

Sementara itu, jurulatih Selangor, B. Satiananthan membalas kritikan dilemparkan kepada pasukannya oleh sebuah akhbar tempatan yang mengatakan pasukannya akan ‘bungkus lebih awal’ dalam saingan Piala Malaysia.

“Kami tidak membaca akhbar yang menyatakan kami akan bungkus. Jadi, mereka yang akan bungkus. Saya akan gunakan akhbar itu untuk bungkus nasi lemak.

71559038_3060024067403397_3175606949311938560_n

FOTO: FA Selangor

“Mereka perlu tahu apa yang patut ditulis. 1-0 (kemenangan Perak di Ipoh) tiada apa-apa. Pemain saya telah memaparkan perwatakan yang besar. Perak adalah pasukan yang kuat, mereka memberikan cabaran yang hebat.

“Tetapi saya tahu kami sudah bersedia untuk perlawanan ini. Seperti yang saya katakan di Ipoh, biarkan semua penyokong datang kerana pemain kami sudah tidak sabar untuk beraksi,” katanya dalam Stadium Astro. 

Lagi artikel menarik berkaitan dengan perkembangan Piala Malaysia 2019, klik pautan dibawah.

Piala Malaysia 2019: JDT Pasukan Pertama Tempah Tiket Separuh Akhir

Nafuzi Zain Kecewa Dengan Pengadil

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group