Kejohanan Selangor Champions League (SCL) kembali mewarnai saingan liga bola sepak di peringkat amatur di sekitar Lembah Klang dengan edisi tahun ini merupakan edisi yang keempat setelah kali pertama ianya diadakan pada tahun 2016 lalu.

Dalam saingan musim 2018 menyaksikan Puchong Fuerza muncul sebagai juara selepas menewaskan Kampung Raja Uda (KRU) FC dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan Mohammad Hakim Zainal dan bekas penyerang skuad kebangsaan serta Selangor, Afiz Azmi. Edisi kali ini sudah pasti menjanjikan aksi yang lebih menarik berbanding edisi sebelumnya.

Bagi saingan musim 2019, 16 pasukan telah berjaya melayakkan diri dan pasukan-pasukan ini bakal dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan juga B. Juara musim lalu, Puchong Fuerza diletakkan dalam kumpulan A manakala dua pasukan yang turut mengambil bahagian pada edisi 2018, Damansara Damai NPNG FC dan Kajang MPKJ The Lions diletakkan dalam kumpulan B.

Selain itu, penyertaan pasukan seperti Klasiko FC, Jang’s Tropper, Protap II FC dan PIB FC dilihat bakal menjadi pasukan ‘silent killers’ kerana yang dimiliki oleh keempat-empat pasukan dalam arena bola sepak amatur di sekitar Lembah Klang.

Selangor Champions League musim 2019 akan membuka tirainya pada hujung minggu ini dimana kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).